Alam & Sains 01 Feb, 2021

Video| Didakwa sembuhkan penyakit! Penduduk kampung berebut dapatkan air rendaman batu meteor

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Inilah batu yang didakwa sebagai batu meteor oleh penduduk setempat. - Kredit foto: Lawjsutice.com


Tahi bintang atau lebih dikenali sebagai batu meteor merupakan salah satu keajaiban dan kekuasaan Allah SWT. Ia membuktikan betapa luasnya alam ini. 

Batu meteor yang jatuh ke bumi bukanlah perkara asing lagi kerana sejak kecil lagi kita mempelarinya. Malah, kita boleh membaca kisah tersebut di dada-dada akhbar atau di kaca televisyen.

Apatah lagi pada zaman teknologi maklumat serba canggih ini, cerita tersebut lagi mudah tersebar. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tahi bintang:

https://kitareporters.com/search?search=tahi+bintang


Batu seberat dua kilogram ini direndam di dalam air.


Pada 28 januari 2021 lalu, penduduk Lampung Tengah, Indonesia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat yang dipercayai hentaman batu meteor

Lapor portal Indozone.com, peristiwa tersebut menggemparkan masyarakat setempat. 

Penduduk menganggap batu seberat dua kilogram dan berdiameter 25 sentimeter itu mengandungi khasiat magik yang boleh mengubati penyakit.

Berikutan itu, batu meteor tersebut direndam di dalam air di dalam sebuah akuarium

Dalam video yang tersebar, menunjukkan sebilangan penduduk mula mencedok air rendaman batu meteor tersebut.


Sementara itu, Pensyarah Program Pengajian Sains Atmosfera dan Planet (SAK) Institut Teknologi Sumatera (Itera), Robiatul Muztaba, menjelaskan pasukan penyelidik mereka akan pergi ke sana dan melakukan ujian makmal untuk mengesahkan unsur-unsur yang terdapat dalam batu yang didakwa batu meteor itu.

"Kami akan mengujinya di makmal terlebih dahulu, sama ada batu itu serupa di bumi atau dari angkasa lepas. Lewat malam ini, kami mungkin akan memperoleh hasil uji kaji mengenai batu tersebut," katanya.

Buatnya batu tersebut mempunyai toksik, tidakkah ia berbahaya kepada kesihatan. Silap hari bulan, boleh membawa maut.  Justeru, jangan mudah menganggap sesuatu yang ganjil atau magik, dapat menyembuhkan penyakit.


Penduduk mempercayai air daripada rendaman batu tersebut mempunyai khasiat yang mampu menyembuhkan penyakit.


Teringat kes yang berlaku di Malaysia pada 2019 lalu di mana sebatang pokok petai didakwa mengeluarkan air mata sehingga penduduk sekitar bertindak menadah lalu meminum airnya. Kononnya air tersebut boleh menyembuhkan penyakit. 

Rupa-rupanya ‘air mata’ itu sebenarnya adalah air kencing serangga yang dikenali sebagai Cicada atau reriang. Kan lucu! - KitaReporters

0
2
0
2
0
You will be interested