Alam & Sains 07 Dec, 2020

Jarum berserta darah! Bapa Instafamous cilik dakwa kena sihir

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PERCAYA atau tidak, masih ada segelintir masyarakat Melayu melakukan perkara syirik dengan menghantar sihir kepada individu yang tidak disukainya. Tanpa mempedulikan dosa dan larangan agama, orang seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan perasaan marah dan hasad dengkinya. : KitaReporters


Video Anas dalam sangkar kucing pernah tular dalam media sosial sehingga membuatkannya dikenali ramai.

Lagi kisah-kisah berkaitan pelik:

https://kitareporters.com/search?search=pelik


Apatah lagi pada zaman sosial media ini, gaya hidup seseorang itu mudah dilihat hanya dalam Instagram, Facebook, Twitter dan bermacam-macam lagi. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan ada pihak yang tidak puas hati dan dengki.

Namun apakan daya, bagi sesetengah individu media sosial adalah sumber pendapatan seperti golongan artis, selebriti dan Instafamous atau Youtuber. Mereka tidak dapat lari daripada menayangkan gaya hidup dalam media sosial demi meraih pendapatan.


Telatah Anas yang lucu dan comel membuatkan ramai netizen yang geram terutama peminat wanita.

Inilah yang berlaku ke atas seorang bapa kepada Instafamous cilik. Menggunakan nama Fattahanas_boyyeah, Instagram milik anak kecil itu mempunyai pengikut seramai lebih 1.2 juta.

Muhammad Fattah Anaz atau lebih dikenali sebagai Anas mula mendapat perhatian pada 2018 apabila videonya dalam sangkar kucing menjadi tular dalam media sosial.

Kecomelannya itu memikat hati netizen apatah lagi dengan kepetahannya bercakap walaupun baru berusia dua tahun ketika itu. Sejak itu, Instagram Anas yang diuruskan oleh bapanya, Mohamad Firdaus terus diikuti oleh orang ramai. Apatah lagi kini Anas sudah pun mempunyai adik perempuan bernama Fathia Aneesa. 


Keluarga bahagia ini sering memuat naik momen mereka bersama dalam Instagram.


Apa sahaja gelagat lucu dan comel Anas akan dimasukkan ke dalam Instagram. Malah, daripada situ juga mereka sekeluarga meraih pendapatan melalui pengiklanan dan review (ulasan) daripada pelanggan.

Kebahagiaan dan kesenangan yang mereka miliki, nampaknya mengundang rasa dengki dan iri hati sesetengah pihak yang tidak senang melihatnya. 


Puluhan jarum beserta darah dijumpai ketika Firdaus berubat.

Dalam hantaran terbaharu Instagram tersebut, bapa Anas iaitu Firdaus memuat naik beberapa keping gambar yang agak mengerikan. Antaranya ialah puluhan batang jarum berserta darah dipercayai sihir yang dikenakan ke atas dirinya.



“Allah Maha Kuasa.. Demi Allah... Yang baik-baik hanya untuk Dia. Yang hina itu saya. Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu. Penat aku tanggung, penat aku bawa.  

“Tutup penat ini dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi. Ya takpe, memang hina. Saya terima. Macam-macam dah kena. Sakit memang sakit. Habis? Banyak dah habis. Habis dah. Jadi cukuplah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa.

“Kasihan Anas, kasihan Aneesa. Mereka kena tempias tu. Mereka nampak tempias ni. Kasihankanlah kat mereka. Takpe, ini kite rehat pejam mata. Sekejap lagi buka mata, kita senyum macam biasa. Tolong,” rayunya.


Firdaus merayu kepada individu yang bertanggungjawab menghantar sihir kepadanya menghentikan perbuatan tersebut.

Inilah sikap dan masalah yang menimpa orang Melayu sejak zaman nenek moyang dahulu. Tak puas hati atau dengki, terus hantar sihir walaupun tahu perbuatan tersebut adalah syirik dan berdosa besar.

Tak sangka, tahun 2020 ini masih ada lagi yang sanggup melakukannya. 

Bawalah bertaubat kerana sesungguhnya perbuatan mensyirikkan Allah SWT merupakan dosa paling besar yang tidak diampunkan kecuali taubat nasuhah. - KitaReporters


2
4
40
1
2
You will be interested