Alam & Sains 10 Nov, 2021

Video| Hujan berterusan 5 jam! Pulau Perhentian dilanda banjir kilat! Tiada arahan berpindah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Perkampungan nelayan Pulau Perhentian dilanda oleh banjir kilat


HUJAN lebat berterusan selama lima jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk di pusat peranginan terkenal di Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu dilanda banjir kilat. 

Banjir kilat itu melanda kira-kira jam 6 pagi Rabu, 10 November 2021 apabila air melimpah ke kawasan penempatan penduduk sebelum surut sejam kemudian selepas hujan reda.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan Mat Nasir berkata, hujan bermula seawal 1 pagi dan air mula melimpah ke kawasan kediaman penduduk kira-kira jam 6 pagi.


Lagi kisah menarik berkaitan banjir



Bagaimanapun, katanya, keadaan masih terkawal dan  belum ada arahan berpindah dikeluarkan. Segala persiapan sudah lama dibuat bagi menghadapi kemungkinan banjir dan kerana itu kita tidak begitu bimbang.

“Bagaimanapun, kita tetap nasihatkan penduduk supaya berhati-hati," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Besut sudah menghantar bekalan makanan sejak Oktober 2021 bagi keperluan penduduk sekiranya berlaku banjir. 

"Tiada perpindahan berlaku memandangkan air kembali surut dua jam selepas itu dan semua penduduk masih berada di rumah masing-masing kerana cuaca tidak menentu,” katanya.

"Sebenarnya, ini bukan kali pertama banjir kilat melanda kampung ini kerana pada 2017 pernah mengalami kejadian sama.

"Kita turut berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan isu parit yang tersumbat memandangkan masalah ini sudah lama membelenggu penduduk dan mendatangkan masalah setiap kali musim tengkujuh," tambahnya. 


Penduduk mengambil kesempatan bermain air bah di Pulau Perhentian


Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan semasa.

Fenomena air pasang besar dijangka melanda Terengganu sebanyak empat kali pada November 2021 ini susulan peralihan Monsun Timur Laut. - KitaReporters


Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah

18
18
2
7
2
You will be interested