Alam Canggih 05 May, 2021

Berita Terkini| Lelaki positif Covid-19 lari hospital! 6 hari terima rawatan! Polis sedang kesan

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Gambar hiasan... Lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai membawa beg dan barang peribadi keluar hospital pada awal pagi Selasa, 4 Mei 2021.


SEORANG pesakit yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa, 4 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasukan polis kini sedang mengesan lelaki berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Azizi Sarip, apabila tiada di wad setelah enam hari menerima rawatan.

“Kita menerima laporan lelaki terbabit dilaporkan menghilangkan diri dan tiada di katilnya di wad B1.

"Hasil maklumat pesakit lain memaklumkan, bahawa lelaki itu telah membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada jam 6.30 pagi," katanya yang dipetik oleh Sinar Harian di Sungai Petani pada Rabu, 5 Mei 2021.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mendapatkan rawatan di hospital sama bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya ekoran bernanah pada minggu lalu.

"Saringan Covid-19 dilakukan ke atas pesakit sebagai prosedur hospital dan dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 Hospital Lama Sungai Petani setelah keputusan swab (calitan) positif diperoleh pada Jumaat, 30 April 2021.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengenal pasti punca jangkitan kontak rapat lelaki itu di mana kes itu masih disiasat," katanya.

Sepasukan khas polis digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun, tiada di rumah.

Katanya, KKM juga telah dimaklumkan untuk mengesan lelaki terbabit.

"Sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pasukan polis kini sedang mengesan lelaki berusia 39 tahun itu yang dikenali Azizi Sarip.

2
1
0
0
1
You will be interested

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Tukun bukan sebarang tukun! Pulihara, biak ikan! Halang pukat tunda! Tingkat sosioekonomi nelayan!

Kajian yang telah dijalankan dapati lokasi tukun yang dilabuhkan di beberapa kawasan perairan Terengganu menunjukkan impak positif kepada sosioekonomi nelayan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 6 days ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 week ago