GARA-GARA melempar kotak piza melalui tingkap kereta, dua remaja yang juga pengembara ke Madikeri, Selatan India terpaksa berpatah balik ke Kodagu untuk mengutip semula sampah berkenaan. Memetik laporan news18.com, dua pengembara berkenaan terpaksa berpatah balik sejauh 80 kilometer selepas penduduk menemui sampah berkenaan. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan sampah sarap:
https://kitareporters.com/search?search=sampah
Pemilik sampah berkenaan dikesan menerusi bil yang
tertera nombor telefon pemilik yang ditulis pada resit pembelian piza berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Pelancongan Kodagu, Madetira Thimmaiah berkata, dia telah menghubungi remaja berkenaan selepas mengesahkan sampah berkenaan milik mereka
berdua yang dikesan menerusi bil pembelian.
Bagaimanapun, pengembara muda berkenaan hanya memohon
maaf dengan perbuatan berkenaan dan enggan berpatah balik memandangkan mereka telah
jauh meneruskan perjalanan jauh, kira-kira 80 kilometer dari kawasan tersebut.
Tu lah masa buang sampai tak fikir panjang kan dah kena patah balik!!
Tidak puas dengan permohonaan maaf daripada pengembara berkenaan, Madetira terus membuat laporan kepada polis dengan apa yang berlaku dan meminta pihak berkuasa mengarah dua pengembara berkenaan untuk berpatah balik semula dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.
Malah Madetira juga terpaksa menggunakan jalan terakhir dengan memuat naik kesalahan yang dilakukan oleh dua remaja berkenaan dalam media sosial untuk ditular.
KOTAK piza yang dibuang oleh dua pengembara melalui tingkap kereta di tepi jalan di bandar Kodagu.
Lebih memalukan nombor telefon pengembara berkenaan
turut ditular juga dalam medsos.
Tak pasal-pasal kena tular... buat malu je!
Susulan menjadi bahan tular ramai yang menghubunginya dua pengembara berkenaan supaya ‘pulang’ semula dan membuang sampah.
Madetira bersama beberapa ahli persatuan telah membersihkan kawasan itu terlebih dahulu bagi mengekalkan kebersihan bandar berkenaan. - Kredit foto: dnaindia.com.
Terdahulu, Madetira dan beberapa ahli persatuan telah membersihkan keseluruhan bandar itu sebagai menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.
Kerana malu diri dalam tular, akhirnya dua pengembara itu berpatah
balik dan mengambil sampahnya semula.
Madetira berkata, semuanya dilakukan sebagai
pengajaran supaya tidak melakukan perkara sama pada masa akan datang selain
menerapkan sikap bertanggungjawab dengan yang yang dilakukan.
Bagus... sebagai pengajaran!
Lain kali buang sampah ke dalam tong sampah dan bukan merata-rata, fikir dulu sebelum buang sampah jangan pentingkan diri sendiri. - KitaReporters