Alam & Sains 25 Oct, 2020

Kerusi Stay at Home! Ilham PKP Mat Jam guna tayar terpakai!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PENULARAN wabak pandemik COVID-19 belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Rakyat seluruh dunia termasuk Malaysia semakin terkesan dengan situasi ini. Ada yang terputus mata pencarian sama ada diberhentikan kerja atau perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup. Ada juga kalangan majikan bagai 'menggantung' mereka tanpa tali. : KitaReporters


Status terkini COVID-19 bertarikh 25 Oktober 2020 


Lagi cerita-cerita berkaitan:


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020 membuatkan ramai yang kehilangan pekerjaan malah ada yqng terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja bagi menampung kehidupan keluarga. 

Banyak perkara yang perlu difikirkan apabila COVID-19 mendatangi kita awal Januari lalu. Musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini begitu pantas menyelinap ke dalam kehidupan kita tanpa sedar. COVID-19 menyebabkan kita bagaikan terpenjara di rumah sendiri dan pergerakan menjadi amat terbatas. 
Bila dah terperap di rumah, macam-macam idea pulak yang 'keluar' malah tak pernah terpikirpun untuk melakukannya sebelum itu. 


Peneroka Felda Jengka 24, Mat Jam Ijam, bersama kerusi 'Stay at Home' yang dihasilkannya


Lihat sahaja idea peneroka Felda Jengka 24, Mat Jam Ijam, siap buat kerusi Stay at Home ye bagi memenuhi masa yang terluang ketika awal pelaksanaan PKP.

Kerusi daripada tayar terpakai yang dibuat itu semakin mendapat sambutan dan kini menjadi sumber pendapatan tambahan baginya sekeluarga. 
Peneroka berusia 59 tahun itu berkata, ketika awal PKP lalu, dia sering melayari laman sosial Facebook bagi mengisi masa lapang kerana tidak boleh keluar rumah dan secara tidak sengaja terlihat gambar kerusi daripada tayar terpakai yang dimuat naik dalam laman sosial itu. 



"Daripada situ timbul idea untuk mencuba dan tambahan pula di rumah saya terdapat banyak tayar lama tersimpan dalam stor. Sebelum ini, saya selalu jadikan tayar ini sebagai tempat menanam bunga," katanya. 

Kreatif betul peneroka ni.

Katanya, kerusi tayar terpakai itu selesa untuk digunakan dan menjadi kerusi santai yang unik dan sesuai juga diletakkan di halaman rumah kerana ia bersifat lasak dan tahan pada cuaca panas atau hujan. 

Tayarlah katakan dan lasak di jalan raya sebelum dijadikan kerusi.

Menurutnya, kerusi yang dihasilkannya itu menarik minat warga peneroka untuk melihatnya dengan lebih dekat malah ada dalam kalangan anak mereka memuat naik di Facebook. 
"Apabila dah diviralkan ramailah orang datang untuk melihat keunikan dan ketahannya dan mula membuat tempahan," katanya.
Katanya, pada masa ini beliau membuat tempahan khas tayar terpakai daripada kedai tayar di Jerantut bagi memenuhi tempahan dari pelanggan. 


Mat Jam Ijam sedang menyiapkan kerusi 'Stay at Home' di rumahnya


Mat Jan menggunakan tayar terpakai, tali dan pita pelekat, selain gerudi sebagai alat penebuk lubang bagi menghasilkan kerusi istimewa itu.

“Satu kerusi memerlukan tiga tayar dengan satu daripadanya diukir dan dipotong khas untuk dijadikan penyandar.

Tayar terpakai, tali dan pita pelekat merupakan bahan utama untuk menghasilkan kerusi 'Stay at Home'

Tayar terpakai yang ditempah khas dari kedai di Jerantut


“Saya membuat kerusi ini dalam pelbagai saiz, bergantung kepada jenis tayar yang digunakan dan dijual dengan harga RM60 ke RM70 setiap satu," katanya. 

Menurutnya, sehingga kini dia sudah menjual lebih 100 kerusi dalam kalangan peneroka Felda Jengka serta orang luar dan hampir setiap menerima tempahan. 
Jika berminat nak tempah kerusi PKP COVID-19, anda boleh menghubungi Pak Jam melalui talian 0 11-2195 6042Tempah jangan tak tempah. 



kerusi 'Stay at Home'... cantik, unik dan tahan lasak


Macam-macam idea timbul pada musim PKP dan dengan penularan wabak yang belum berakhir ini rakyat perlu mencari peluang dan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi keluarga masing-masing. 

Cabaran datang dalam pelbagai sudut dan kita perlu mendepaninya. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested