Alam & Sains 07 Oct, 2021

Video| Tangkap buaya gunakan tong sampah saja! Pesara tentera perangkap dan kemudian lepaskan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Buaya adalah antara reptilia yang ditakuti manusia. Hanya segelintir orang ada kemampuan untuk menjinakkan buaya. Itupun memerlukan keberanian dan peralatan tertentu.

Namun seorang pesara tentera Amerika Syarikat bernama Abdul Gene Malik di Houston, Texas tidak panik melihat buaya sederhana besar berlegar di laman rumahnya. Kebiasaannya jika melihat ada seekor buaya terlepas dari kolamnya dan berlegar-legar membuat orang akan lari lintang-pukang


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buaya


Veteran tentera ini Abdul Gene Malik, menggunakan sebuah tong sampah untuk memerangkap seekor buaya yang sesat. Kredit foto: TheSun.


ABDUL GENE MALIK


Malah dia secara spontan mengambil sebuah tong sampah dan mendorong kepada buaya itu hingga buaya yang sedang mengangga itu terperangkap. Dia tidak menggunakan alat bantuan lain.

Pesara tentera ini kemudian menarik tong berisi buaya itu ke sebuah kawasan berair di sebuah hutan kecil berhampiran kawasan perumahannya dan melepaskan haiwan liar berkenaan.

Aksi lelaki ini dirakam oleh pemilik Twitter @ Majaorfactor2 dan berita serta video sepanjang 52 saat ini disiar oleh Asianet newsable telah ditonton lebih sejuta kali.

Ramai netizen memuji aksi berani lelaki ini Namun aksi berani lelaki ini jangan menjadi ikutan kerana buaya tetap reptilia berbahaya dan tidak boleh main-main untuk menangkapnya.

Tidak dinyatakan bila dan di mana insiden ini berlaku. - KitaReporters


14
12
0
16
0
You will be interested