Alam & Sains 16 Mar, 2024

Video| Porsche Cayenne langgar gajah! Pemandu selamat! Gajah cedera dan lari! Tapi berjaya ditangkap!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SEORANG pemandu kereta Porsche Cayenne berhadapan detik cemas selepas kereta dipandunya terlanggar seekor gajah ketika dalam perjalanan dari Kampung Rhu 10 menghala Lembah Bidong di Setiu, Terengganu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada 15 Mac 2024 lalu itu, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala gajah yang dilanggar cedera di bahagian kaki dan terjatuh di tempat kejadian.

Mangsa, pengurus di sebuah syarikat terselamat selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah terbabit.


Sekor gajah terbaring selepas dilanggar oleh sebuah kereta. - Kredit foto: IPD Setiu


Kereta Porsche Cayenne mengalami kerosakan teruk selepas terlanggar seekor gajah.


Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor gajah berada di atas jalan, menyebabkan lelaki berusia 42 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beberapa minit selepas kemalangan berlaku, gajah itu bangun dan lari ke hutan berhampiran.

Menurut Affandi, siasatan awal mendapati gajah itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang  dan Pejabat Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Besut sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Katanya, hanya seekor gajah terbabit dalam kejadian ini dan Pejabat Perhilitan Besut masih meneruskan usaha mengesan haiwan itu yang dipercayai menuju ke kawasan bukit.



Susulan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu menerusi hantaran dalam Facebook pihak polis yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati kerana dipercayai haiwan ini masih berkeliaran di kawasan sekitar selepas kemalangan tersebut.  

Dan dalam perkembangan terbaharu, gajah yang terlibat dalam kemalangan di Telaga Papan, Setiu itu sudah berjaya ditangkap oleh Perhilitan Besut dan akan diberikan rawatan sebelum dipindahkan ke kawasan hutan yang lebih jauh. - KitaReporters


 

13
11
0
8
1
You will be interested