BANJIR dijangka bertambah buruk sehingga 20 Disember 2022 ini apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meramalkan hujan lebat tahap berbahaya akan berterusan sehingga tempoh itu membabitkan Kelantan dan Terengganu.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir
Daerah pesisiran pantai seperti Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih dijangka dilanda ribut kencang dan ombak besar manakala kawasan pedalaman termasuk Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai juga perlu terjaga-jaga kerana selalunya akan berlaku banjir akibat kepala air dari berpunca daripada limpahan Sungai di Gua Musang.
Selain itu kawasan di Perak, Pahang dan Kedah juga dijangka berlaku hujan lebat tahap buruk, tertumpu di Hulu Perak, Padang Terap, Baling dan Sik.
Manakala di Pahang, penduduk di kawasan tanah tinggi termasuk Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin diiminta berhati-hati selepas kejadian tanah runtuh di Batang Kali akibat hujan yang berterusan.
Basah kuyup.. sanggup peminat bola berendam untuk menyaksikan tayangan akhir Piala Dunia 2022.
Banjir yang bermula 18 Disember 2022 dilaporkan telah meragut mangsa pertama membabitkan seorang bayi perempuan berusia setahun setengah di Kampung Apal, Besut, Terengganu.
Mangsa dilaporkan tidak dapat diselamatkan kerana paru-paru dipenuhi air, jantung terhenti.
Sementara itu, penduduk di Kelantan juga sudah saling berhubung menerusi WhatsApp untuk bertanyakan jalan-jalan yang boleh dilakui dan keadaan di kawasan yang sudah dinaiki air untuk membolehkan pengguna yang ingin ke kawasan selamat mengetahui kedudukan kawasan pemindahan sementara banjir dan bantuan agensi kecemasan.
Ramai penduduk di Kelantan terutama mereka yang rumah-rumah sudah ditenggelami banjir dan memerlukan bantuan, merayu wakil-wakil rakyat negeri itu yang dilaporkan ini berada di ibu negara untuk persidangan pertama Parlimen selepas PRU15 supaya kembali segera ke kawasan masing-masing kerana penduduk kini sangat bimbang apabila dilaporkan air semakin naik.
Mereka turut memohon persidangan itu ditangguhkan selepas selepas kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir dan bantuan keperluan asas dan pemindahan diselesaikan. - KitaReporters