Alam & Sains 25 Sep, 2022

3 lebuh raya negara paling tinggi dan gayat! Kaki selfie kecewa! Dilarang berhenti, ambil gambar!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Pemandangan indah bandar metropolitan Kuala Lumpur boleh dilihat dari atas Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). - Kredit foto: Ebidmotor.com


Lebuh raya pun boleh menjadi viral atau tular dalam kalangan warga maya. Apa tidaknya sebab panorama atau pemandangannya cantik dan indah (alam semula jadi) sehingga menjadi punca orang ramai teruja dan beria-ria datang (jauh dan dekat) semata-mata untuk mengambil foto serta merakam video sebagai kenangan.

Baru-baru ini, warga kota begitu gembira dengan pembukaan rasmi Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi fasa pertama sejauh 16.6 kilometer (km) pada Hari Malaysia 16 September 2022.

Lebuh raya ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas, sebaliknya kini menjadi tumpuan orang ramai untuk bersiar-siar sambil melihat keseluruhan pemandangan (atas) bandar Kuala Lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lebuh raya bertingkat


Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof mengingatkan orang ramai supaya tidak berhenti di lorong kecemasan di lebuh raya SUKE untuk mengambil gambar sebagaimana yang berlaku di Jalan Temiang-Pantai, Negeri Sembilan (New Zealand Malaysia).

Namun terdapat dua lagi lokasi menarik (lebuh raya) buat pengguna-pengguna kenderaan untuk dilawati iaitu Lebuh Raya Pintasan (Bypass) Rawang atau Rawang-Serendah di Selangor dan Lebuh Raya Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Pulau Pinang.



Lebuh Raya pertama di Malaysia ialah Lebuh Raya Tanjung Malim – Slim River yang terletak di negeri Perak dan Selangor. Jalan ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan 1 dan dinaik taraf menjadi lebuh raya pada tahun 1966. - KitaReporters.


Lebuh Raya Bukit Kukus, Pulau Pinang.


Sumber:

https://www.libur.com.my/rawang-bypass-lebuh-raya-paling-tinggi-malaysia-dibina-atas-pokok-giam-kanching/

https://beautifulnara.com/7-info-menarik-mengenai-rawang-bypass-yang-anda-perlu-tahu/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/882324/fasa-pertama-lebuhraya-suke-dibuka-tengah-hari-esok-tol-percuma-sebulan

https://www.mysuke.com.my/project-overview/

https://www.landasan.info/sejarah/sejarah-jalan-raya-di-malaysia/

14
11
0
11
0
You will be interested