Alam & Sains 29 Jun, 2021

Berita Terkini| Fasa 1 PPN: Firma guaman, pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi! MKN tukar status

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PERKHIDMATAN berkaitan dengan firma guaman, pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa berkuat kuasa hari ini, Selasa 29 Jun 2021 selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, MKN telah menukar status sektor guaman dan pesuruhjaya sumpah sebagai perkhidmatan penting sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Majlis Peguam memaklumkan pihaknya telah menerima semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Setiausaha Agung Majlis Peguam, Shahareen Begum berkata, SOP yang telah dikemaskini telah mengesahkan firma berkaitan undang-undang tanpa mengira bidang amalan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Untuk makluman, panduan MKN yang dikemas kini pada 28 Jun (2021) menunjukkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa.

“Tetapi bersyarat antaranya dengan kehadiran kakitangan dan pengurusan sehingga 60 peratus selain pematuhan SOP ketat,”katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa, 29 Jun 2021.

Namun pada masa sama kebenaran beroperasi perlu diperolehi melalui Covid-19 Intelligent Management System  atau Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0.

CIMS 3.0 dikendalikan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

MKN telah menukar status sektor guaman dan pesuruhjaya sumpah sebagai perkhidmatan penting sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. kredit Foto freemalaysiatoday.com

1
0
0
0
0
You will be interested