Alam & Sains 02 Jul, 2021

Mak belang 'latih' anak-anaknya! Tangkap lembu peneroka Felda Kerteh 4! 240 ekor sejak 2019!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

GAMBAR sekumpulan harimau yang dirakam peneroka yang dipercayai mengganas menangkap lembu-lembu di ladang Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu. - Kredit Foto : FB Dr. Azman Ibrahim 


SEEKOR mak belang (harimau) dipercayai sedang melatih anak-anaknya untuk menangkap lembu-lembu pemeliharaan milik peneroka Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu sejak beberapa bulan lalu. 

Andaian para peneroka terbabit berdasarkan lembu-lembu yang ditangkap oleh anak mak belang itu dipercayai berumur dua tahun  itu tidak memakan lembu-lembu yang berjaya ditangkap.

Sebaliknya haiwan berkenaan dari sekumpulan empat ekor anak harimau yang menganas hanya mengigit kaki lembu sahaja tetapi ia tidak memakan anggota badan lembu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harimau 

DR. AZMAN Ibrahim (kanan) bersama ADUN Paka, Satiful Bahari Mamat (kiri) dan peneroka Felda semasa meninjau ladang Felda Kerteh 4, Dungun pada 30 Jun 2021. - Kredit foto: FB Dr. Azman Ibrahim


Para peneroka sempat merakam gambar sekumpulan haiwan itu  terdapat seekor ibu harimau dan empat ekor anaknya yang dipercayai mengganas lembu-lembu yang dipelihara oleh peneroka Felda itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, sehingga kini terdapat 240 ekor daripada kira-kira 1,000 ekor lembu yang dipelihara di kawasan ladang peneroka Felda itu telah menjadi mangsa harimau berkenaan sejak 2019 hingga bulan Jun 2021 lalu.


DR. AZMAN IBRAHIM


``Setakat ini, kita bersyukur kerana harimau-harimau itu tidak mengancam lagi keselamatan para peneroka yang berkerja di kawasan ladang kelapa sawit itu yang berada di pinggir hutan.

``Namun kita percaya anak-anak harimau itu seolah-olah sedang dilatih oleh ibunya untuk menangkap lembu yang berada di ladang berdasarkan haiwan itu tidak memakan mangsanya tetapi meninggalkan bangkai lembu yang mati begitu sahaja,’’ katanya dalam laman Facebooknya pada Rabu, 30 Jun 2021 lalu. 



Dr. Azman berkata, para peneroka terbabit memaklumkannya, kejadian mereka tersempak dengan haiwan yang ganas itu di kawasan ladang dengan jarak yang dekat adalah sudah menjadi kebiasaan bagi peneroka di situ dan dianggarkan kesemuanya binatang  itu berbelas-belas ekor.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau berkata, sejak Mei 2021 lagi, Unit Khas dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri telah berkampung di kawasan Felda terbabit  untuk memantau haiwan tersebut dengan memasang kamera infra red dan perangkap.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mengehadkan pergerakan peneroka di kawasan ladang sehingga pukul 6 petang sahaja.


LEMBU-LEMBU yang dipelihara di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu.- Kredit foto : FB Dr. Azman Ibrahim 


Menurutnya, kawalan keselamatan dipertingkatkan lagi dan orang ramai tidak dibenarkan berkunjung di kawasan perkelahan (air terjun) yang terdapat di Felda itu.

``Operasi khas itu akan diteruskan setiap masa  untuk menangkap harimau terbabit demi keselamatan peneroka dan lembu-lembu yang berada di ladang dan para penternak diminta memasukkan lembu mereka ke kandang sebelum waktu senja,’’ katanya. - KitaReporters


 

4
4
1
7
2
You will be interested