Alam & Sains 27 Apr, 2021

Berita Terkini| Kebolehjangkitan Covid-19 Kelantan kekal paling tinggi! 10 hari berturut-turut!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

NEGERI Kelantan mencatat Rt paling tinggi dengan bacaan 1.32, sekali gus mengatasi purata kebangsaan. - Kredit foto: malaymail.com


KADAR kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 mengikut kes harian di Malaysia berada pada tahap 1.13 pada Isnin, 26 April 2021, dengan lima negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi data berkenaan dalam Facebook, menunjukkan negeri Kelantan mencatat Rt paling tinggi dengan bacaan 1.32.


Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi data yang menunjukkan negeri Kelantan mencatat Rt paling tinggi dengan bacaan 1.32. - Kredit foto: Sinar Harian


Bacaan Rt harian di negeri itu direkodkan paling tinggi dalam tempoh 10 hari berturut-turut sejak 17 April 2021 diikuti Johor (1.22), Kuala Lumpur (1.20), Negeri Sembilan (1.17), Selangor (1.15) dan Melaka (1.13). 

Labuan pula merekodkan Rt terendah, dengan 0.88, pada Isnin, 26 April 2021, manakala Perlis mencatatkan nilai kosong kerana tiada kes baharu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin besar nilai itu, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Data dikongsi Dr Noor Hisham turut menunjukkan trend kes harian ketika ini kekal berada pada situasi membimbangkan dengan jumlah kes baharu terus mencatatkan angka melebihi 2,000 untuk tempoh 12 hari berturut-turut.

Data terbabit menunjukkan trend peningkatan penularan Covid-19 ketika ini berlaku lebih pantas, berbanding jangkaan Kementerian Kesihatan (KKM), yang mengunjurkan kes baharu berisiko mencecah sekitar 5,000 sehari menjelang hujung bulan depan jika Rt meningkat kepada 1.2.

Jumlah kes harian kembali melebihi 2,000 pada 15 April 2021 lalu, dan terus melonjak menghampiri 3,000 pada Khamis, 22 April 2021 dengan 2,875 kes, sebelum mencatat 2,776 kes Isnin, 26 April 2021.  - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Jumlah kes harian kembali melebihi 2,000 sejak 15 April 2021, dan terus melonjak menghampiri 3,000 setiap hari.

0
0
0
0
1
You will be interested