Alam & Sains 30 Apr, 2021

Video| Awan di langit Pulau Bali ketika matahari terbit! Seakan kapal selam KRI Nanggala 402!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KELIHATAN awan di langit seakan mirip kapal selam KRI Nanggala 402 ketika matahari mulai terbit yang dirakamkan di Pulau Bali pada 25 April 2021. - Kredit Foto: Suryamalang.com


KETIKA rakyat Indonesia sedang berduka akibat tragedi kapal KRI Nanggala 402 karam dan pecah tiga di dasar laut dalam yang mengorbankan 53 anak kapal baru-baru ini, muncul pula sebuah video awan mirip kapal selam itu di langit Pulau Bali yang kini menjadi viral di media sosial sejak tiga hari lalu. 

Dalam video berkenaan menampakkan awan di langit seakan-akan berbentuk kapal selam tersebut terjadi di sekitar Pantai Matahari Terbit, Sanur, Kota Denpasar, Bali.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan KRI Nanggala 402

GAMBAR awan yang dikatakan mirip KRI Nanggala 402 dirakamkan oleh Arik Andrawan di Pantai Matahari Terbit, Sanur, Kota Denpasar, Pulau Bali  pada pukul 5.00 pagi WITA pada 25 April 2021. - Kredit foto: Suryamalang.com



Kelihatan awan itu yang dikaitkan mirip dengan kapal selam KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang pada 21 April 2021 lalu dan kemudian kapal itu dijumpai karam di dasar lautan di Perairan Utara Pulau Bali pada 25 April 2021.

Suryamalang.com dipetik melaporkan video berkenaan dirakamkan oleh Arik Andrawan lalu dimuat naik dalam laman media sosial Instagram peribadinya

Portal itu melaporkan, Arik merakam video tular tersebut pada 25 April 2021 kira-kira pukul 05.00 Waktu Indonesia Tengah (WITA).


BEBERAPA anak kapal sedang mendirikan solat di atas kapal selam KRI Nanggala 4021 sebelum dilaporkan hilang pada 21 April 2021.


Menurutnya, sebelum mengambil video itu, pada awalnya, Arik bersama seorang rakan datang di Pantai Matahari Terbit bertujuan untuk melihat fenomena ketika sinaran matahari terbit pada awal pagi. 

``Namun secara tiba-tiba kami terlihat awan di langit berbentuk seperti kapal selam KRI Nanggala 402 semasa matahari itu mulai bersinar. 

``Saya memang terkejut dengan awan itu yang mirip kapal selam yang hilang dan tanpa membuang masa saya merakam video dengan menggunakan telefon saya,’’ katanya.


Kapal selam KRI Nanggala 402 sebelum karam di Perairan Utara Pulau Bali pada 25 April 2021.


Arik berkata, dia terfikir juga dengan penemuan awan seakan kapal itu yang tidak diduga kemungkinan ia sebagai petanda buruk yang akan menimpa terhadap kapal KRI Nanggala 402.

Selepas kejadian yang agak ganjil itu juga pada hari yang sama, kira-kira pukul 5 petang Waktu Indonesia Barat (WIB), Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengumumkan bahawa kapal selam yang hilang itu sejak empat hari lalu telah dijumpai tenggelam di kedalaman 838 meter di Perairan Utara Pulau Bali. 

Kapal berkenaan yang menempatkan 53 anak kapal yang disahkan gugur semuanya semasa menyertai misi Latihan Penembakan Senjata TNI AL 2021 dijumpai pecah kepada tiga bahagian. 

KRI Nanggala 402 dapat menyelam dengan kedalaman air antara 250 meter hingga 500 meter tetapi dengan kedalaman yang tinggi sehingga 800 meter itu menyebabkan kapal selam itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna yang akhirnya karam ke dasar laut akibat keretakan.

Al-Fatihah untuk semua 53 anggota Angkatan Laut TNI yang terkorban bersama KRI Nanggala 402. - KitaReporters


0
0
5
0
0
You will be interested