Alam & Sains 06 Jun, 2022

PahangGo, Pahang Digital! Wujudkan ekosistem digital terbaik! Beri perkhidmatan digital terbaik!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BAGI mewujudkan ekosistem digital yang komprehensif dan saling berhubung, Pahang tampil dengan pembaharuan iaitu Pahang Digital yang merupakan perancangan lima tahun Kerajaan Negeri yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, dan wakil industri berkaitan serta mengambil kira pandangan rakyat bagi mewujudkan ekosistem digital.

Bukan sekadar itu, ia juga dirangka bagi memberikan perkhidmatan digital terbaik selain mengoptimumkan hasil negeri selain menyemai budaya digital dalam kehidupan rakyat


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Pemangku Raja Pahang



Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia bakal mewujudkan ekosistem digital komprehensif, saling berhubung serta berintegrasi antara sektor awam dan sektor swasta

“Pelan Digital Pahang mampu mengoptimumkan hasil negeri, memastikan budaya digital diterapkan dalam kehidupan rakyat Pahang selain memastikan turut mendapat perhatian pelabur luar.

“Pelan ini mula dirancang untuk diwujudkan pada tahun 2020 dan hasilnya empat teras telah dikenal pasti iaitu infrastruktur digital, kerajaan digital, inklusif digital dan industri digital.” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pahang Digital 2021-2025 yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin berkata, pelan digital tersebut akan dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu Fasa Pertama pada tahun 2021 dan tahun ini 2022, Fasa Kedua tahun 2023 dan 2024, serta Fasa Terakhir pada tahun 2025.

Malah sebanyak 94 solusi digital telah disenaraikan untuk diadaptasi oleh enam fokus industri iaitu perniagaan dan keusahawanan, pembinaan, pelancongan dan rekreasi, perkilangan, pendidikan dan modal insan, serta pertanian dan penternakan

"Beberapa inisiatif digital yang dirancang pada Fasa Pertama telahpun berjaya dilaksana seperti perlaksanaan parking digital, pembangunan aplikasi mobile PahangGo, pendigitalan urusan di agensi kerajaan serta di syarikat milik kerajaan khususnya yang melibatkan kutipan hasil secara digital," jelasnya. 

Semoga pelan yang dirangka berjalan dengan lancar sekali gus menjadikan rakyat Pahang terus maju. - KitaReporters


9
11
0
8
0
You will be interested