Alam & Sains 30 Dec, 2020

Video| Kemajuan sains: Perlumbaan cipta matahari buatan! Korea Selatan kalahkan buatan China

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

MANUSIA memang pelik!  Di Republik China, mereka ingin cuba untuk mencipta matahari sendiri dengan menggunakan teknologi terkini. Setelah perancangan demi perancangan di buat, akhirnya dunia dikejutkan dengan kejayaan China mencipta 'matahari' mereka sendiri. : KitaReporters


Kredit foto: CGTN.com


Buat kali pertamanya, hasil gabungan tenaga nuklear, China telah berjaya menghidupkan ‘matahari buatan’, sekali gus mencipta sejarah bukan sahaja buat negara tersebut, malah suatu kemajuan besar untuk dunia.

'Matahari buatan' itu dikenali sebagai Reaktor HL-2M Tokamak. Ia adalah peranti penyelidikan eksperimen peleburan nuklear terbesar dan termaju di China.

Para saintis yang berjaya mencipta dan menghidupkan Reaktor HL-2M Tokamak itu juga berharap ia berpotensi membuka sumber tenaga bersih kepada negara tersebut.


Kradit foto: JournalsOfIndia.com



Mungkin kita tertanya-tanya mengenai suhu 'matahari buatan' ini.

Untuk rekod, 'matahari buatan' ini mampu mencipta kemampuan suhu lebih daripada 150 juta darjah Celsius, sekali gus mencatatkan kira-kira sepuluh kali lebih panas berbanding pusat matahari.

Penghasilan suhu tinggi ini menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas sehingga membentuk suhu yang panas sebegitu rupa.

Ada yang lebih hebat!



Apabila kita membaca tentang penciptaan Republik China itu, ia sudah cukup mengejutkan kita atas penciptaan hebat berkenaan.

Namun, terbaharu, Korea Selatan dikatakan telah mampu mengalahkan penciptaan dari Republik China tersebut dengan kejayaan menghidupkan ‘matahari buatan’ dan mencipta rekod baharu dunia.



Menurut laporan media CNN, Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR) memperkenalkan kajian mereka yang dijalankan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University dari Amerika Syarikat.

KSTAR telah berjaya menghidupkan ‘matahari buatan’ selama 20 saat pada suhu mencapai 100 juta darjah Celcius, sekali gus penciptaan rekod dunia yang baharu melalui catatan masa yang direkodkan lebih lama berbanding dengan matahari buatan Republik China.



Laporan media CCN menyebut bahawa Pengarah Pusat Kajian KSTAR, Si-Woo Yoon menyebut, kejayaan KSTAR mengekalkan suhu tinggi plasma selama 20 saat akan menjadi titik penting di dalam perlumbaan mendapatkan teknologi operasi plasma berprestasi tinggi dan menandakan kemajuan besar negara itu dalam kemampuan penyelidikan tenaga nuklear.

Tidak terhenti di situ, KSTAR punyai harapan besar untuk mereka menghasilkan operasi berterusan selama 300 saat dengan suhu ion lebih tinggi dari 100 juta darjah celcius pada tahun 2025.

Walau bagaimana hebat pun penciptaan 'matahari buatan' ini, ia ternyata tidak sesekali mampu menandingi penciptaan matahari milik Tuhan yang menyinari kehidupan kita setiap hari. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested