Alam & Sains 01 Sep, 2020

Nak beli motor? Aveta perkenal dua motor pada harga berbaloi

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

GOLONGAN remaja yang baru tamat sesi persekolahan atau baru melangkah ke alam pekerjaan pasti mengidamkan sebuah motosikal milik sendiri bagi memudahkan perjalanan terutama di kota besar yang sentiasa sibuk sepanjang masa? Kini ada berita baik untuk golongan tersebut kerana Aveta Global Marketing Sdn. Bhd kini memperkenalkan dua model baharu menggunakan jenama Aveta yang melangkah ke pasaran tempatan. : KitaReporters

Tampil lebih sporty dan bersesuaian untuk golongan muda yang tampil bergaya. - Foto ihsan: Aveta Global Marketing


Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Wah… inilah peluang terbaik untuk memiliki.

Lebih mengujakan dua model berkenaan dijual dengan tawaran harga yang berbaloi dan mampu milik kepada pengguna.

Penawaran harga berkenaan bersesuaian dengan keadaan ekonomi hari ini yang memerlukan semua berjimat cermat. Malah, kedua-dua model tersebut dipasang sepenuhnya secara pemasangan terurai atau CKD.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, harga jualan bagi model Aveta DY90 ialah RM2,880 tanpa insurans.

Wah menariknya dan bersesuaian model kapcai berkapasiti 90 cc (4-lejang, silinder tunggal, enjin melintang) yang dipadankan transmisi empat kelajuan berputar.

Aveta DY90 kini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.

Sesuai sangatlah untuk golongan muda yang tampil berani dan bergaya!

Merah bergaya bersesuaian  untuk kegunaan golongan muda yang pentingkan penampilan bergaya


Manakala untuk model RX110 yang lebih sporty pula dan dijual sekitar RM4,039.20 tanpa insurans. Model tersebut tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hijau dan biru.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita bawa balik sebiji.

Difahamkan ada beberapa model baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan diperolehi dari pihak Aveta yang dilihat mengunci mulut berkaitan kesahihan tersebut. 

Mungkin belum masa dan buat ini, Aveta tidak mahu terlalu menonjolkan diri, ibarat pepatah diam-diam ubi berisi. : KitaReporters

0
4
0
0
0
You will be interested