Alam & Sains 30 Dec, 2021

Video| Wealthpier ajak PKS niaga gaya korporat! Majlis makan malam korporat berkongsi lokasi!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Muhammad Azim Ishuddin menyampaikan ucapan dalam program BNR yang diadakan sempena Majlis Makan Malam Gala di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MEREKA memiliki ijazah Biokimia tetapi selepas tamat pengajian Muhammad Azim Ishuddin dan isteri, Idayu Ideris keduanya kini berusia 30 tahun,  memilih dunia keusahawanan. 

Meskipun berbeza karier dengan apa yang dipelajari semasa di universiti mereka tidak terkilan kerana selepas hampir enam tahun, kelahiran Wealthpier Berhad, syarikat Perunding Perniagaan dan Pegangan Pelaburan adalah bukti kejayaan.  

Mereka ditemui ketika menganjurkan Business Network Roadshow (BNR) yang menyasarkan peniaga Perusahaan Kecil  dan Sederhana (PKS) dan kumpulan pelabur dalam majlis Makan Malam Gala bertempat di Star Boulevard KLCC di Kuala Lumpur pada 15 Disember 2021 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan

Muhammad Azim (kanan) bergambar bersama bersama-sama Dr. Wong Jeh Shyan (dua dari kanan), Idayu Ideris (dua dari kiri) dan Nazril Idrus (kiri).

Wealthpier mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat dalam sektor pengurusan majlis, pengurusan lokasi, perunding perniagaan runcit dan perdagangan.

Muhammad Azim yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, mereka memulakan karier sebagai kakitangan  pemasaran kepada syarikat pengeluar kosmetik sebaik tamat pengajian yang kemudiannya beralih sebagai  Perancang Perkahwinan di bawah jenama The Wedding Heritage setelah sepakat menceburi bidang perniagaan.

“Pada saat perniagaan rancak dengan sembilan lokasi termasuk banglo dan dewan untuk disewakan kepada pasangan pengantin mengadakan majlis, seluruh dunia terkesan dengan pandemik Covid-19. 

“Saya dan Idayu juga hampir terduduk kerana kami mempunyai komitmen dengan kakitangan, vendor dan lokasi yang disewa. Namun  timbul idea untuk bangkit dengan menawarkan barangan sanitasi dan topeng muka. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila bekerjasama dengan beberapa artis termasuk Sazzy Falak,” ujarnya. 



Idayu Ideris selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Wealthpier pula berkata, langkah tersebut adalah alternatif mencari sumber pendapatan dalam situasi sukar.  

“Sebelum pandemik kami telah diperkenalkan kepada tokoh yang mahir dalam bidang korporat dan pelaburan, Dr. Wong Jeh Shyan dan Nazril Idrus. Apabila terkesan dengan situasi semasa, kami  mengambil kesempatan mendalami ilmu berkaitan dan akhirnya Weathpier Berhad ditubuhkan,” ujarnya.



Selaras dengan strategi syarikat, Wealthpier menyasarkan menjadi syarikat pertama dalam industri Meeting Incentive Conference Exibition (MICE) di Malaysia dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2025.

Menurut Muhammad Azim, merealisasikan hasrat tersebut, pihaknya aktif menganjurkan majlis makan malam korporat berkongsi lokasi. Uniknya  tetamu berpeluang memilih jumlah meja, berkongsi pencapaian syarikat dan melancarkan produk di pentas serta dalam masa yang  sama menikmati makanan  dan hiburan.

“Matlamat program adalah untuk membina rantaian perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat yang hadir dengan para pelabur undangan yang mahu menjalin kolaborasi. Program BNR kali ini memilih usahawan PKS sebagai langkah  membudayakan  pengurusan syarikat ke arah lebih profesional, bergaya korporat dan mampu berdaya saing.

“Misalnya malam ini, kami membuka peluang usahawan PKS  diraikan dalam majlis makan malam bertema di lokasi berprestij. Tetamu berkongsi dalam satu dewan yang sama bukan sahaja mengharmonikan hubungan sesama pekerja tetapi berkenalan dengan kakitangan daripada syarikat lain. Ia turut mengalakkan pihak majikan menghargai pasukan dan pekerja.

“Wealthpier berharap  majlis begini  berupaya  menzahirkan kebolehpasaran PKS dalam menguruskan syarikat  ke arah korporat dan mempunyai misi lebih besar seiring dengan harapan negara menjelang Dasar Keusahawanan Negara,” katanya.



Tambahnya, tahun hadapan Wealthpier merancang menganjurkan lebih banyak lagi majlis antaranya Karnival Wanita, Festival Makanan, Karnival Kecergasan, Majlis Perlancaran produk dan lain-lain.

Acara malam itu dimeriahkan lagi dengan persembahan saksofon dan band okestra bertemakan klasik Gatsby. Turut diadakan  acara pemenang cabutan bertuah dan anugerah pakaian terbaik di akhir majlis.

Syarikat PKS yang berminat menyertai BNR boleh menghubungi pihak penganjur untuk kemas kini majlis dan lokasi. Mereka yang berminat akan berpeluang untuk menilai, membanding idea dan pengurusan bisnes lebih mantap  dengan kenalan baru dan para pelabur. 

Boleh layari www.wealthpierberhad.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. - KitaReporters


Sazzy Falak, antara artis yang bekerjasama dengan Wealthpier mempromosikan sanitasi tangan semasa pandemik Covid-19.

10
8
0
7
0
You will be interested