Alam Canggih 15 Jun, 2021

Bersedia semua! 1.3j dos vaksin Pfizer minggu ketiga Jun 2021! Sasaran 200k dos suntikan sehari!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

Sumber : Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)


PINTU keluar terbaik daripada wabak Covid-19 setakat hari ini adalah dengan membentuk imuniti kelompok dalam kalangan kita secepat mungkin. Justeru, kerajaan telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai harapan tersebut menjelang awal tahun 2022.

Namun setakat 100 hari pertama, negara kita hanya dapat mencapai 3,212,873 dos vaksin dengan jumlah pendaftaran sudi menerima suntikan pula melebihi tiga kali ganda daripada itu, iaitu 12,584,422 orang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin Covid-19


Antara faktor yang menyebabkan program ini masih perlahan berbanding negara lain adalah disebabkan oleh kekurangan stok dos vaksin.

Justeru langkah terbaik yang telah diambil negara kita adalah dengan meminta agar dipercepatkan penghantaran dos berbaki seperti perjanjian jual beli vaksin sebelum ini.

Justeru, pada minggu ketiga Jun 2021, Malaysia akan menerima 1,333,800 lagi dos vaksin jenis Pfizer untuk keperluan dos kepada penerima sehingga awal Julai 2021 nanti.

Jumlah ini dikatakan akan bertambah terutama menjelang Julai 2021 sehingga negara kita dapat mencapai 200,000 dos suntikan vaksin setiap hari.



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, edaran dos baharu tersebut akan diagihkan pada 16 hingga 18 Jun 2021 sebanyak kira-kira 33 peratus dari jumlah keseluruhan, manakala 444,600 dos pula akan diagihkan dalam dua fasa.

Fasa pertama pada 23 hingga 25 Jun, manakala fasa kedua pula pada 30 Jun hingga 2 Julai 2021.

Ketika sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 14 Jun 2021, Khairy memaklumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri tertinggi dalam pengedaran vaksin Covid-19.

“Lima negeri tertinggi dalam pengedaran vaksin adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Selangor, Sarawak, Johor dan Sabah,” katanya pada sidang media tersebut.

Beliau turut memaklumkan kepada pihak media, setakat ini sebanyak 5,955,092 dos vaksin sudah diedarkan ke seluruh negara iaitu 1,674,142 dos Sinovac, Pfizer (3,632,850 dos) dan AstraZeneca (648,100 dos).

Jumlah ini masih kecil jika ingin dibandingkan dengan hasrat untuk memberi vaksin kepada 70 hingga 80 peratus penduduk negara ini, sekali gus mencipta imuniti kelompok bagi Malaysia. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested

Video| Ubah motosikal jadi robot! Karya Eri Sudarmono rentas ke China, Jerman! Macam Transformer!

Eri Sudarmono, pelukis menganggur akibat Covid-19, bangkit dengan karya luar biasa. Cipta robot seperti Trasformer sehingga dapat permintaan dari China, Jerman

Varian Omicron: WHO ramal lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti! Dos penggalak tak halang sebaran?

WHO anggarkan lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron menjelang Mac 2022. Dos penggalak diteruskan kerana Eropah akan jadi tumpuan penyebaran wabak
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 10 hours ago

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar
Nur Sabrina Samsudin in Alam Canggih 2 days ago

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan menyaksikan ratusan PPS di Pahang dibuka untuk tempatkan mangsa bencana, kini semua PPS itu sudah pun ditutup
Ainal Marhaton Abd Ghani in Alam Canggih 2 days ago

Video| Sijil vaksinasi palsu! Lima tampil buat pengakuan! Berurus niaga dengan doktor swasta!

Penahanan seorang doktor swasta berusia 51 tahun, dari Marang yang didakwa keluarkan sijil vaksinasi palsu sebabkan lima individu terbabit tampil buat pengakuan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago