Alam Canggih 13 Jun, 2021

Berita Terkini| Semua urusan operasi haji ditangguhkan! TH nasihat orang ramai tidak diperdaya!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

TH menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji tahun 2021 ini selaras dengan keputusan kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah negara luar dibenarkan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. - Kredit foto: Sinar Harian


Lembaga Tabung Haji (TH) menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M selaras dengan keputusan muktamad kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah negara luar termasuk Malaysia akan dibenarkan ke Tanah Suci  menunaikan haji, atas faktor keselamatan dan kesihatan semua.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, walaupun TH sudah bersiap siaga dan membuat perancangan operasi haji sehingga ke saat akhir, namun akur dan menerima keputusan pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.

Katanya, keputusan penangguhan pemergian jemaah haji Malaysia pada tahun 2021 ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Arab Saudi yang mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia ekoran penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H/2021M dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.

“Ini berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Ahad, 13 Jun 2021.

Beliau memaklumkan, bakal haji yang diperuntukkan giliran haji mereka pada tahun 2020 dan telah diberi keutamaan menunaikan haji pada tahun ini akan diberi keutamaan sekali lagi pada tahun hadapan (2021).

“Bagi bakal haji yang gilirannya pada tahun ini (2021), mereka akan turut diberi peluang pada tahun hadapan, namun tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan pakej haji dan badal haji bagi tahun 2021 ini.  - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


AMRIN menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan yang menawarkan pakej haji dan badal haji bagi tahun ini. 

2
0
0
1
0
You will be interested

Video| Ubah motosikal jadi robot! Karya Eri Sudarmono rentas ke China, Jerman! Macam Transformer!

Eri Sudarmono, pelukis menganggur akibat Covid-19, bangkit dengan karya luar biasa. Cipta robot seperti Trasformer sehingga dapat permintaan dari China, Jerman

Varian Omicron: WHO ramal lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti! Dos penggalak tak halang sebaran?

WHO anggarkan lebih 50% penduduk Eropah dijangkiti varian Omicron menjelang Mac 2022. Dos penggalak diteruskan kerana Eropah akan jadi tumpuan penyebaran wabak
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 10 hours ago

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

Minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu berikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar
Nur Sabrina Samsudin in Alam Canggih 2 days ago

Syukur! Banjir di Pahang pulih sepenuhnya! PPS ditutup! Selepas hampir sebulan dilanda bencana!

Selepas hampir sebulan dilanda banjir dengan menyaksikan ratusan PPS di Pahang dibuka untuk tempatkan mangsa bencana, kini semua PPS itu sudah pun ditutup
Ainal Marhaton Abd Ghani in Alam Canggih 2 days ago

Video| Sijil vaksinasi palsu! Lima tampil buat pengakuan! Berurus niaga dengan doktor swasta!

Penahanan seorang doktor swasta berusia 51 tahun, dari Marang yang didakwa keluarkan sijil vaksinasi palsu sebabkan lima individu terbabit tampil buat pengakuan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 4 days ago