Alam & Sains 28 May, 2021

Berita Terkini| LRT Laluan Kelana Jaya terus beroperasi! Guna 1 laluan! Pembaikan belum selesai!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya terus beroperasi tetapi terpaksa menggunakan satu landasan berikutan kerja-kerja pembaikan dan pemasangan di antara Stesen KLCC sehingga Kampong Baru masih belum selesai.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, hasil pemeriksaan pegawai Bahagian Penguatkuasaan Rel dan Bahagian Perancangan Rel Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)  mendapati laluan kecemasan di sebelah kanan di lim rel 1447 tidak stabil akibat kesan pelanggaran iaitu patah di bahagian tapak dan perlu tindakan pembaikan segera.

Pasukan pemeriksaan APAD juga mengarahkan penggantian kabel pengesan haba yang rosak bermula di segmen terowong 126 sehingga segmen terowong 96 sepanjang 28.5 meter bagi memastikan sistem pengesanan kebakaran di dalam terowong berfungsi dengan baik selain tiga Rail Clip tidak dipasang pada bahagian rel.

“Kerja-kerja penggantian akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Ini adalah komponen keselamatan kritikal operasi utama bagi perkhidmatan LRT.

“Pihak APAD akan memeriksa semula sebaik sahaja pihak Rapid Rail menyempurnakan kerja pembaikan dan pemasangan yang disyaratkan. APAD akan memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum kelulusan pemulihan operasi diberi kepada Rapid Rail,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Ka Siong memaklumkan pemerhatian terhadap pengujian rollover train yang bermula pada jam 3.08 pagi tadi mendapati simulasi pergerakan tren berada dalam kedaan baik.

Dalam kejadian 8.45 malam Isnin, 24 Mei 2021, sebanyak 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested