KETIKA wabak Covid-19 masih serius, petugas barisan hadapan (frontliners) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merupakan wira adalah pihak paling berisiko terkena jangkitan. Topeng muka atau pelindung muka (face shield) adalah antara alat yang diperlukan. : KitaReporters
Aishah menunjukkan penutup muka yang dibuatnya sendiri. - Kredit foto: IG aishahjmm.
Salah seorang yang sedia membuat sendiri face shield untuk frontliners ialah penyanyi veteran Aishah atau Wan AIshah Wan Ariffin, 55 tahun.
Aishah yang memang mempunyai kebolehan menghasilkan kraf tangan, sedang menyiapkan seribu pelindung muka untuk petugas barisan hadapan.
Aishah meminati bidang kraf tangan selain menyanyi. - Kredit foto: IG aishahjmm
Menerusi Instagramnya, Aishah juga menyediakan tutorial cara-cara menghasilkan ‘face shield’ yang baik dan selamat.
Melalui ruangan komen, Aishah memberitahu kebanyakan peralatan yang digunakan telah dibeli menerusi online atau secara dalam talian.
Lebih mengagumkan, face shield tersebut dilakukan sendiri dan memerlukan lebih masa untuk siapkan 1,000 unit. Hasil kerja kreatif Aishah ini mendapat pujian peminatnya dan meluahkan rasa bersyukur kerana sudi membantu para petugas barisan hadapan.
Beberapa minggu lalu, Aishah pernah membuat kejutan apabila menghasilkan pelindung muka daripada bekas botol minuman mineral 5kg.
Tags: