Alam & Sains 15 Aug, 2025

Berminat nak tanam herba! Jangan tak lawat Pusat Herba Perak di Taiping! Pelbagai koleksi herba ada!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Emel: [email protected]

Share this

Sebuah Pusat Herba Pertanian Perak diwujudkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak berhadapan Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang Selama di Taiping. Pusat herba seluas 3.456 hektar bagi menggantikan Pusat Herba Perak di Simpang Pulai yang ditutup. Pusat itu diwujudkan sebagai pusat pameran dan pendidikan bagi memperkenal kepelbagaian tanaman herba. - KitaReporters


Pintu masuk ke Pusat Herban Pertanian Perak yang kini dibuka kepada pengunjung.


Sebuah Pusat Herba Pertanian Perak diwujudkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak berhadapan Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama di Taiping.

Pusat herba seluas 3.456 hektar bagi menggantikan Pusat Herba Perak di Simpang Pulai yang ditutup.

Pusat itu diwujudkan sebagai pusat pameran dan pendidikan bagi memperkenal kepelbagaian tanaman herba kepada pengunjung sekali gus memelihara khazanah tumbuhan yang berpotensi tinggi.

Ia menempatkan pelbagai koleksi herba berpotensi tinggi termasuk tongkat Ali, dukung anak, pegaga, halia, roselle, mas cotek dan mengkudu yang merupakan tumbuhan herba berpotensi tinggi yang diletakkan di bawah Entry Point Project 1 (EPP 1) untuk dikembangkan penggunaannya dalam bidang perubatan, makanan dan lain-lain.


Antara tanaman herba yang terdapat di Pusat Herba Pertanian Perak di Taiping.

Pengerusi Jawatankuasa  Sains, alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Teh Kok Lim berkata, inisiatif ini selari dengan usaha kerajaan untuk memajukan industri herba sebagai salah satu Komoditi Pertanian Berpotensi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Selain daripada koleksi tanaman herba, pusat ini juga menawarkan aktiviti lain kepada pengunjung seperti bergambar di taman bunga matahari, wakaf istirehat, rumah hobbit, laluan jogging, laluan refleksologi dan petak demostrasi tanaman padi,” katanya selepas perasmian Karnival Agro di Jabatan Pertanian Larut Matang dan Selama di Taiping pada 12 Ogos 2025. Teh turut merasmikan prapelancaran taman herba tersebut.

Teh berkata, semua maklumat berkenaan koleksi tanaman herba boleh diperolehi di hujung jari melalui pengesanan kod respons pantas (QR Code) yang tertera pada setiap tanaman bagi memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat seperti khasiat dan kegunaannya serta maklumat botani tanaman.

Menurut beliau, Pusat Herba Pertanian Perak terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak mempunyai sebarang caj bayaran masuk. Waktu operasi adalah jam 9 pagi hingga 4 petang.


Teh Kok Lim (tengah) sedang memotong riben pada majlis pra pelancaran Pusat Herba Pertanian Perak di Taiping.


Sementara itu Teh berkata, Karnival Agro menyaksikan seramai 177 orang menerima peruntukan pembangunan pertanian bernilai RM.462 juta daripada kerajaan negeri dan Persekutuan.

Katanya, dana itu bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan pertanian merangkumi pembangunan tanaman buah-buahan jangka panjang, tanaman sayuran, program peningkatan produk makanan, tanaman bawang, agropelancongan, tanaman makanan, pembangunan industri durian dan program pertanian komuniti. - KitaReporters

7
10
0
13
0
You will be interested