Alam & Sains 08 Sep, 2022

Projek Go Green! Jom tanam sayur! UPM kongsi kepakaran pertanian! Dengan guru dan pelajar sekolah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini berkongsi kepakaran dalam bidang pertanian kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Makhota (SKBBM), Kajang di Selangor menerusi program Projek Go Green.

Pakar Pertanian UPM, Dr. Putri Edaroyati Megat Wahab berkongsi kaedah penanaman secara fertigasi bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah bercucuk tanam menggunakan kaedah ini dan membantu mereka mengembangkan fahaman cara penanaman sayuran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanaman sayur-sayuran


“Sayur-sayuran yang diajar cara bertanam ialah sayur sawi dan cili kerana ia mudah dituai dan mengambil masa yang cepat.

"Pelajar sekolah ini juga didedahkan bahawa industri pertanian adalah sebuah kerjaya yang luas dan boleh menjana pendapatan sebagai seorang usahawan tani.

“Pendedahan ini akan memberikan impak yang besar agar pelajar mempunyai inisiatif sara diri dalam perniagaan bagi membolehkan hasil tanaman dijual secara kecil-kecilan kepada warga sekolah atau komuniti setempat,” katanya. 

Projek #GirangSEKITA SKBBM memberi tumpuan untuk menghijaukan kawasan sekolah. 

Seramai 50 orang pelajar dan guru menanam sayuran bagi menyokong pembelajaran di luar bilik darjah dan membantu pelajar sekolah memanfaatkan hasil tanaman dalam perniagaan. 



Guru penyelaras #GirangSEKITA, Zakuan Jusoh berkata, projek ini diharapkan dapat menarik minat pelajar sekolah belajar cara bercucuk tanam menggunakan kaedah fertigasi

“Diharapkan agar projek ini dapat membantu pelajarnya mengembangkan minat mereka untuk bertani di rumah dan membantu penjanaan pendapatan keluarga,” katanya.

UPM akan merealisasikan matlamat keempat dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025, iaitu memperkasakan pertanian dan ketahanan sekuriti makanan dengan menghasilkan modal insan yang memiliki atribut keusahawanan tani berteraskan teknologi.

Usahawan tani model dengan ilmu pertanian berteknologi dapat membuktikan bahawa pertanian merupakan perniagaan yang menjamin pulangan lumayan dan menyumbang kepada peningkatan sekuriti makanan negara. - KitaReporters/UPM


 

10
14
0
10
0
You will be interested