Alam & Sains 05 Aug, 2023

Mr DIY Cares rai Hari Alam Sekitar! Tanam 1,000 pokok bakau! Sokong pusat pemuliharaan hidupan liar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY), meraikan 'Hari Alam Sekitar Sedunia' dengan penuh mengujakan. 

Peruncit menggerakkan para sukarelawan Mr DIY Cares-nya dan menganjurkan dua inisiatif alam sekitar - penanaman anak-anak pokok bakau dan program pemuliharaan tapir sempena acara tersebut.

Menyedari kepentingan hutan bakau sebagai pelindung ekosistem pantai, seramai 31 orang sukarelawan Mr DIY Cares yang berdedikasi bergabung tenaga dengan komuniti Changkat Keruing dan sukarelawan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam misi memulihkan alam semula jadi di sepanjang Taman Tebingan Sungai Bakau di Changkat Keruing, Perak. 

Bersama-sama, kedua-dua organisasi telah menanam 1,000 anak pokok bakau, bagi memelihara kawasan hutan tersebut. 



Dalam program berasingan, inisiatif ‘Hari Alam Sekitar Sedunia’ diteruskan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, dengan seramai 15 sukarelawan MR DIY Cares melawat Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun untuk usaha pemuliharaan tapir. 

Para sukarelawan memberi transformasi kepada pusat itu dengan melukis mural tapir dan landskap yang memukau untuk dinikmati para pengunjung. Selain itu, para sukarelawan turut menanam beberapa pokok bunga dan menyumbang keperluan bagi membantu pusat terbabit.



Jurucakap Mr DIY berkata, “Aktiviti-aktiviti seperti ini adalah usaha berterusan Mr DIY ke arah memelihara tempat-tempat tarikan pengunjung di Malaysia dan memastikan kelestarian alam semula jadi kita. 

"Kami amat percaya bahawa syarikat atau organisasi tempatan harus memainkan peranan aktif dalam mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan amalan mampan supaya kita dapat bersama-sama menyampaikan nilai dan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara dengan cara yang bermakna. Pada masa yang sama, mengalakkan orang ramai untuk turut serta.”

Selain itu, peruncit itu turut mengadakan bengkel 'Walk with Style' di Mr DIY Plus sempena 'Hari Alam Sekitar Sedunia.' 

Program ini menawarkan kanak-kanak serta orang dewasa peluang untuk menjadi kreatif dengan mengitar semula dan menaik taraf kasut sekolah bewarna putih, beg tote kanvas, dan cermin. 

Peruncit juga bersama Soroptimist International Damansara (SID), turut menjemput 15 orang kanak-kanak dari Rumah Aman Children's Home untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan ini. - KitaReporters/Kenyataan Media


13
12
0
11
0
You will be interested