Alam & Sains 05 Aug, 2021

Kerana terlalu mengantuk! Lelaki tertelan berus gigi! Terpaksa jalani pembedahan gastrokopik!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

LELAKI China itu terpaksa menjalani pembedahan gastrokopi dengan segera bagi mengeluarkan berus gigi sepanjang 15 sentimeter gara-gara tertelan. - Kredit Foto: Odditycentral


GARA-GARA terlalu mengantuk, seorang lelaki tertelan sebatang berus gigi plastik sepanjang 15 sentimeter.

Bunyi macam lucu kan? Tapi itulah berlaku kepada lelaki dari wilayah Jiangsu di China yang terpaksa melalui detik-detik mendebarkan kerana terpaksa menjalani pembedahan gastrokopik dengan segera bagi mengeluarkan berus gigi sepanjang 15 sentimeter itu.

Memetik laporan odditycentral lelaki malang berkenaan memberitahu dia menjalani rutin biasa dengan memberus gigi sebelum menjamah sarapan pagi.

Namun pada hari kejadian dia terlalu mengantuk ketika memberus gigi menyebabkan tanpa sedari dia tertelan berus gigi berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelik dan aneh

BERUS gigi plastik yang berjaya dikeluarkan dari perut lelaki berkenaan selepas menjalani pembedahan di di Hospital Tzaihou.


Panik dengan keadaan yang dilalui, dia cuba menarik semula berus gigi plastik berkenaan namun disebabkan terlalu licin menyebabkan berus berkenaan terus meluncur ke dalam kerongkongnya.

Lelaki itu kemudian bergegas ke klinik dan melakukan imbasan x-ray sebelum pasukan doktor mencadangkan supaya menjalani pembedahan gastrokopi dengan segera.

Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou, Dr. Wang Jianrong berkata, mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital dengan segera dan tidak melakukan ‘rawatan tradisional’ seperti menelan nasi atau cuka boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti kerosakan pada esofagus.

Dr. Wang Jianrong kemudian menjalankan prosedur gastroskopik untuk mengeluarkan berus gigi itu.

Disebabkan berus diperbuat daripada plastik, menyukarkan doktor kerana licin dan sukar digenggam alat gastroskopik.

Selepas beberapa kali percubaan, akhirnya berus gigi itu berjaya dikeluarkan daripada dalam perut lelaki terbabit. - KitaReporters


Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou, Dr. Wang Jianrong

1
1
0
1
0
You will be interested