Alam Canggih 04 May, 2021

Berita Terkini| Solat Aidilfitiri dibenarkan kecuali di PKPD! SOP ditetapkan pihak agama negeri

Share this


SOLAT sunat Aidilfitri tahun ini dibenarkan di seluruh negeri kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selain mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kebenaran tu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) solat hari raya yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

"Amalan ziarah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula hanya dibenarkan pada 1 Syawal, manakala kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan sehingga 3 Syawal.

"Namun bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk amalan ziarah sehingga tamat tempoh," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Selasa, 4 Mei 2021.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, jumlah pengunjung bagi ziarah tidak boleh melebihi 15 orang untuk kawasan PKP, manakala tidak melebihi 20 orang bagi kawasan PKPB dan 25 orang bagi kawasan PKPP pada satu-satu masa.

Katanya, jumlah tetamu itu juga tertakluk kepada saiz kediaman.

Sementara itu, keputusan kerajaan juga memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka di seluruh negara dan takbir dari rumah ke rumah.

Turut dilarang adalah amalan menziarahi kubur di kawasan PKP dan PKPD.

Namun kunjungan selama 30 minit bagi individu tidak melebihi enam orang bagi setiap lot kubur dibenarkan kawasan PKPB dan PKPP. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

You will be interested

Berita Terkini| Arab Saudi jangka benarkan ibadat haji 1442H! Tapi dengan syarat khas, ketat!

Arab Saudi dijangka benarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M tetapi dengan beberapa syarat khas, ketat bagi lindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU di Pulau Pinang telah capai 100% manakala bagi bukan ICU melebihi 70%. Catat 1,682 kes Covid-19 pada 2 hingga 8 Mei 2021
News Editor 1 in Alam Canggih 8 hours ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Moratarium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!

Moratarium menyeluruh secara automatik tidak dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan PKPK ketiga (PKP 3.0) ini tapi bank akan terus tawarkan bantuan bayaran balik
News Editor 1 in Alam Canggih 9 hours ago

Polis Terengganu sediakan 150 pasukan, 1,000 petugas! Bagi pantau SJR dan sambutan Aidilfitri!

Polis Terengganu tambah pasukan pemantau kepada 150 berbanding 135 sebelum ini, babitkan 1,000 petugas termasuk polis, tentera, RELA bagi pantau rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Berita Terkini| Kerajaan laksana PKP seluruh negara sekali lagi! PKP 3.0! 12 Mei - 7 Jun 2021!

Kerajaan putuskan untuk laksanakan PKP di seluruh negara sekali lagi mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang bertambah
News Editor 1 in Alam Canggih 1 day ago