Alam & Sains 11 May, 2021

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU di hospital Pulau Pinang capai 100%! Bukan ICU lebih 70%!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KES Covid-19 di seluruh negara termasuk Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dengan 1,682 kes pada 2 hingga 8 Mei 2021. - Kredit foto: Sinar Harian


PENGGUNAAN katil Covid-19 di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang telah mencapai 100 peratus manakala bagi bukan ICU telah melebihi 70 peratus.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, secara dasarnya, kes Covid-19 di seluruh negara termasuk Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dengan 1,682 kes iaitu bagi minggu ke-18 (2 hingga 8 Mei 2021).

Sehubungan itu, Kon Yeow meminta mereka yang bergejala supaya mendapatkan rawatan atau menjalankan saringan dengan segera.

"Jangan berlengah kerana terdapat beberapa kes yang lewat mendapatkan rawatan awal berakhir dengan keadaan teruk seperti sesak nafas dan seterusnya membabitkan kematian.

"Laporan kes semakin meningkat dan kadar penggunaan fasiliti perubatan negeri secara keseluruhannya telah melebihi 70 peratus bagi katil bukan ICU dan penggunaan katil Covid-19 bagi ICU di Pulau Pinang telah mencapai 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, 11 Mei 2021.

Beberapa kluster dilaporkan berpunca daripada penularan di tempat kerja, institusi pendidikan, aktiviti sosial dan ekonomi.

"Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan bahawa jumlah kes aktif di negeri ini telah mencecah lebih daripada 1,000 kes yang mana ia memerlukan pemantauan serta pengurusan aktif daripada pihak hospital dan pejabat kesihatan daerah.

"Keadaan ini membimbangkan dan kita tidak mahu situasi seperti di India berlaku di negara kita. Susulan itu, JKNPP akan meneruskan aktiviti penyiasatan, pengesanan kes dan kontak serta ujian saringan di semua fasiliti terlibat," katanya.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan terus menyalurkan sokongan penuh dalam membantu menyelaras pengurusan pandemik bersama-sama semua agensi lain yang berkaitan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Menteri berkata, berberapa kluster dilaporkan berpunca daripada penularan di tempat kerja, institusi pendidikan, aktiviti sosial dan ekonomi.

0
0
0
0
0
You will be interested