MEMBAJAK sawah dahulu memerlukan kerbau jantan kerana memerlukan binatang lasak. Kemudian sesuai dengan kemodenan, jentera digunakan untuk membajak sawah sama ada mengunakan jentera seperti jentera kecil pembajak atau pembajak yang ditarik oleh traktor.
Namun bila dunia semakin maju, terdapat pula individu yang cuba melakukan inovasi dalam memajukan cara membajak agar lebih cepat dan berkesan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sawah:
https://kitareporters.com/search?search=sawah
Kenderaan SUV ini diubah suai dengan tayarnya diganti dengan yatar traktor.
Demikian dilakukan seorang petani di daerah Pasiran, Lumajang, Jawa Timur. Dia menggunakan sebuah kenderaan utiIiti sukan (SUV) jenis Daihatsu Taft yang diubah suai untuk membajak di sawah.
SUV ini diubah suai dengan empat rodanya diganti dengan roda traktor kecil bagi menguatkan cengkaman dan pintu bahagian belakang dibiarkan terbuka dan di belakangnya disambung dengan alat membajak.
Video dan gambar kereta SUV menjadi pembajak sawah ini menjadi tular dalam beberapa media online dan media sosial di Indonesia, setelah pertama kali dimuat naik oleh FB @ Junior Berlian pada 7 Januari 2021.
Pengguna media sosial memuji inovasi yang dilakukan pesawah itu yang dianggap sebagai pesawah kaya yang berinovasi.
SUV ini sudah agak berusia tetapi enjinnya masih tangguh menjalankan tugas membajak.
Menurut laporan Otomatifnet.com, SUV jenama Daihatsu Taft dikeluar pada tahun 1988 dan ditamat pengeluaran pada 2007.
Ini bermakna Daihatsu Taft ini sudah berusia di atas 15 tahun berdasarkan nombor plat yang dipapar iaitu N 1310 Y.
Inovasi yang dilaku oleh pesawah di Indonesia ini mungkin boleh memacu pesawah di Malaysia yang berkemampuan untuk melakukan inovasi dengan cara lain.
Mereka turut perlu berpegang kepada slogan ‘Malaysia Boleh’. - KitaReporters