Alam & Sains 30 May, 2021

Berita Terkini| Urusan akad nikah ditangguh sepanjang lockdown di Johor! Pengantin kena bersabar

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membuat keputusan menangguhkan urusan majlis akad nikah sepanjang tempoh sekatan penuh pergerakan (total lockdown) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Pengarahnya, Datuk Md Rofiki Shamsuddin, berkata selain akad nikah, turut ditangguhkan ilah majlis resepsi atau walimatul urus dan kursus praperkahwinan Islam secara bersemuka.

Perkhidmatan kaunter yang membabitkan permohonan kebenaran berkahwin sama ada dalam bidang kuasa atau luar bidang kuasa, pendaftaran cerai, pendaftaran rujuk, permohonan pendaftaran pengesahan perkahwinan, poligami, pengambilan dokumen serta kad perakuan nikah, turut ditangguhkan.

"Bagi masyarakat awam yang dijadualkan melalui janji temu untuk melaksanakan urusan nikah, cerai dan rujuk di pejabat kadi daerah, penjadualan semula urusan berkenaan akan dilaksanakan oleh pejabat kadi berkaitan.

"Pemakluman perubahan tarikh ini akan diselaraskan oleh kadi daerah.

"Oleh itu, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam tempoh ini dinasihatkan supaya bersabar dan memperbanyakkan ibadah berpuasa serta berzikir kepada Allah SWT," katanya dalam kenyataan, di Johor Bahru, pada Ahad, 30 mei 2021.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) http://www.sppim.gov.my, ia masih dilaksanakan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested