Alam & Sains 03 Nov, 2021

Terengganu catat 54 kes varian Delta, 9 kes varian Beta! Sejak Julai 2021! Perlu kekal jaga SOP!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


TERENGGANU kini mencatatkan 54 kes varian Delta (B.1.617.2) sejak pertama kali dikesan pada akhir Julai 2021 menyebabkan pelbagai pihak merasa bimbang dengan perkembangan wabak berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata sembilan lagi kes adalah varian Beta (B.1.351), menjadikan keseluruhan kes COVID-19 kategori tersebut sebanyak 63 kes.

Katanya, jika diteliti pecahan mengikut daerah, Kemaman mencatatkan kes tertinggi dengan 14 kes, diikuti Kuala Terengganu (12 kes), Dungun (10 kes), Hulu Terengganu dan Besut (tujuh kes), Marang dan Kuala Nerus (lima kes) serta Setiu (tiga kes).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan varian Delta

Pengarah JKNIT Dr Kasemani Embong


Menurutnya, sampel yang diambil adalah semasa Terengganu mengalami peningkatan kes baru-baru ini, dalam mendapat keputusan ia mengambil masa bagi mengesan varian tersebut

Beliau berkata, peningkatan kes virus disebabkan kelonggaran rentas negeri yang dibenarkan kerajaan.

Dr Kasemani menjelaskan berlaku sedikit peningkatan disebabkan kemasukan luar namun jumlahnya tidak ketara.

“Oleh itu, kita mengalakkan mereka yang pulang ke Terengganu atau ingin datang melancong agar menjalankan ujian saringan kendiri bagi mengelak penularan COVID-19,” katanya.


Dr Kasemani (kiri) turun padang menyantuni penduduk Pulau Perhentian dalam program Pemerkasaan Kesihatan Awam


Beliau berkata, mereka yang ingin datang ke negeri itu perlu bebas daripada virus ini terlebih dahulu supaya ia tidak merebak kembali terutama terhadap ahli keluarga tersayang.

“Walaupun telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah mesti, sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam serta amalkan penjarakan sosial sepanjang masa,” katanya lagi. - KitaReporters


Dr Kasemani (tengah) bersama pegawai JKNT menaiki bot ke Pulau Perhentian untuk program pemerkasaan kesihatan

14
8
1
8
2
You will be interested