Alam & Sains 07 Jul, 2020

Peluang pekerjaan untuk 4,600 siswazah! Latihan untuk 3,000!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

SERAMAI 4,600 siswazah dari universiti awam (UA) tempatan berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan di beberapa agensi kerajaan  bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pembelajaran masing-masing. Selain itu, 3,000 siswazah pula akan diletakkan di bawah unit latihan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM). : KitaReporters

Naib Cancelor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar menyampaikan cederamata kenangan sempena lawatan pertama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad ke UMT.


Perkara itu adalah antara inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui sesi libat urus dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk membantu pelajar yang akan bergraduasi melalui tiga cabang sama ada untuk sambung belajar, terus bekerja atau menjadi usahawan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad 


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, cadangan untuk penempatan siswazah di agensi-agensi berkaitan turut dibincangkan dalam mesyuarat Economic Action Council (EAC) dalam membantu siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

Katanya, KPT telah menandatangani memorandum  persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menempatkan siswazah bekerja dengan agensi terbabit.

“KPT berharap dengan adanya persefahaman tersebut peluang pelajar lepasan universiti mendapat pekerjaan akan terlaksana,” katanya pada majlis ramah mesra dengan pentadbir Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof.Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Program julung kali diadakan itu bertujuan untuk mendengar secara langsung hasrat dan aspirasi kakitangan, pensyarah serta pelajar tentang perkara-perkara yang boleh ditambah baik oleh pihak KPT.

Naib Canselor UMT, Prof.Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar. 


Mengenai penghantaran pulang pelajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, seramai 60,000 pelajar IPT terbabit dalam program itu dengan membabitkan peruntukkan RM16 juta.

Malah, UMT sendiri diperuntukkan RM1.8 juta untuk proses penghantaran pulang pelajar dari universiti itu.

Berhubung isu pendidikan secara online, Dr Noraini turut mengakui pelajar amat sukar mendapatkan akses Internet untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terutama mereka yang tinggal di pedalaman.

“KPT sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mendapatkan pakej bersesuaian bagi membantu pelajar dalam melaksanakan PdP dalam talian,” katanya. - KitaReporters

Dr Noraini Ahmad (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

3
1
0
3
0
You will be interested