Alam & Sains 11 Nov, 2020

Masalah bekalan air! Penduduk Kg Banggol guna air berlumpur!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

``ENTAHLAH susah saya nak cakap pasal air ini, kalaulah air ada pun kadang-kadang air itu berpasir halus serta berlumpur semasa paip air baru dibuka menyebabkan kita tidak dapat guna juga. Itu satu masalah dan masalah lain pula air itu berlarutan sekali ada sekejap tiada dan jika tidak silap saya masalah bekalan air sering terputus di kampung saya sejak tiga bulan lalu.’’  : KitaReporters



AIR yang terpaksa digunakan oleh penduduk Kampung Banggol, Setiu termasuk empat buah kampung lagi pada 10 November 2020.


Lagi kisah-kisah berkaitan air:

https://kitareporters.com/search?search=bekalan+air


Itulah antara keluhan ketika menemui beberapa orang penduduk Kampung Banggol, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada hari ini, Rabu 11 November 2020. 

Masalah bekalan air itu yang tidak pasti sampai bila akan berakhirnya bukan sahaja melibatkan penduduk di Kampung Banggol sahaja malah ia turut dialami lebih 3,000 penduduk dari kira-kira 700 akaun penguna  yang berdekatan dengan kampung itu seperti Kampung Nyatuh, Bukit Kemudu, Bukit Abal dan Kampung Permaisuri. 


AIR keruh bercampur lumpur yang baru ada pada pukul 4 petang, 11 November 2020 selepas air itu terputus bekalannya pada pukul 6 pagi, 11 November 2020 di Kampung Banggol, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.


Punca masalah tersebut sering berlaku dipercayai beberapa batang paip air (paip besar) yang terdapat di tepi jalan raya untuk menyalurkan bekalan air kepada penguna di kampung terbabit sering bocor akibat batang paip berkenaan sudah lama yang sepatutnya diganti paip air yang baru. 

Dengan kebocoran batang paip itu mengakibatkan tekanan air menjadi rendah untuk menyalurkan air ke rumah penduduk di lima kampung itu dan adakalanya air keluar dengan pelahan  atau air sedikit semasa paip air di rumah dibuka. 


MOHD FIRDAUS RAZAMI


Seorang penduduk, Mohd Firdaus Razami, 28, ketika ditemui berkata sebelum itu masalah bekalan air di kampung-kampung berkenaan jarang berlaku. 

Beliau yang tinggal di Kampung Banggol berkata tetapi masalah itu sejak akhir-akhir  ini sering terjadi sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk untuk mandi dan mencuci pakaian.


 

SEORANG suri rumah membuka paip air tetapi tiada air di rumahnya di Kampung Banggol, Setiu, pada 10 November 2020


``Sebagai contoh semalam, Selasa, 10 November 2020 sejak kira-kira pukul 4 petang bekalan air tiada dan pada pukul 11 malam tadi air ada pula dan bolehlah kita mandi atau mencuci pakaian ketika itu. 

``Tetapi apabila saya bangun tidur pada kira-kira pukul 6 pagi tadi untuk solat subuh terkejut lagi kerana air tiada pula semasa saya membuka paip air untuk mengambil air sembahyang,’’ ujarnya.


KHAIRUL FATHI HASSIM


Seorang lagi penduduk juga dari Kampung Banggol, Khairul Fathi Hassim, 38,  mengakui bekalan air sering terputus itu dalam masa yang tidak menentu iaitu jika bekalan air tidak ada pada sebelah pagi tetapi air ada pula pada waktu petang atau malam. 

Walau bagaimanapun, katanya, bekalan air tersebut terputus biasanya berlaku pada waktu malam. 

Sungguh pun begitu, katanya, para penguna air tetap merungut kerana adakalanya air yang keluar dari paip air berlumpur serta keruh menyebabkan mereka terpaksa menutup semula paip air.


AIR paip yang berwarna lumpur


``Selepas itu, hampir 30 minit kemudian mereka membuka semula paip air di rumah mereka barulah mendapat air bersih dan dengan masalah tersebut kita terpaksa menyimpan beberapa tong air untuk digunakan ketika air tiada nanti,’’ katanya. 

Dalam hal ini, Khairul Fathi meminta Syarikat Air Terengganu (SATU) Daerah Setiu dapat mengatasi masalah itu demi kesempurnaan serta kemudahan kehidupan penduduk di lima kampung berkenaan. - KitaReporters

4
0
9
0
2
You will be interested