Alam & Sains 06 Mar, 2022

Video| Terbaiklah! Rumah dia tak masuk banjir la! Tip elak banjir masuk! Idea hebat tuan rumah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KITA semua tahu di Pantai Timur sedang mengalami banjir yang agak teruk di beberapa tempat. Namun, terdapat sebuah perkongsian dalam Tiktok yang menarik perhatian ramai orang memaparkan sebuah rumah yang air banjir tidak memasuki pekarangan rumahnya.

Ini kerana rumahnya di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan berada di kawasan agak tinggi, tetapi idea yang digunakan sangat membantu orang lain. 

Tuan rumah ini membalut pagarnya menggunakan plastik bagi mengelakkan air semakin naik memasuki kawasan rumahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bencana banjir


Idea yang digunakan memang baik dan menjadilah. Warga maya sekalian memberi reaksi bahawa tuan rumah ini pernah alami situasi ni dan cara penyelesaian sangatlah bijak.

Jadi, rumah sesiapa yang selalu kena banjir tu boleh cuba cara ni untuk elakkan air banjir masuk ke dalam rumah. - KitaReporters



 

8
10
0
18
0
You will be interested