Alam & Sains 24 Apr, 2022

Tolong kami! Bantu petani timun! Kemasukan dengan banyaknya timun Thailand jejaskan pendapatan!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this


PENGUSAHA tanaman sayuran jenis timun di Baling, Kedah kesal dengan kemasukan terlalu banyak timun dari Thailand yang menyebabkan hasil tanaman mereka tidak dipandang oleh pemborong tempatan.

Jika mahu dibeli pun dengan harga borong 30 sen sekilo sedangkan harga jualan timun di pasaran ialah sekitar RM3 sekilo.

Macam ada penindasan terhadap nasib petani rakyat tempatan yang tidak dilihat oleh semua agensi kementerian berkaitan pertanian. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan petani-petani

Azhar memerhatikan buah timun yang baru dipetik diladangnya yang ditawarkan untok dibeli dengan harga 30 sen sekilo, sedangkan harga dipasaran lebih dari harga RM3 sekilo.


Peladang yang mengusahakan tanaman timun seluas 5  relong (1.4 hektar) tanah di Kampung Siput, mukim Siong di Baling,  Azhar Abdul Rahman, 53, kesal akibat lambakan timun dari luar sehingga hasil tanaman mereka tak dapat dijual.

Tegasnya, apabila tak dapat dijual, berlaku longgokan timun yang banyak dan pemborong menawarkan harga 30 sen sekilo untuk membelinya.

Jelasnya lagi, beliau amat sedih kerana usaha penduduk tempatan dalam tanaman sayuran seperti timun tak dihargai pihak atasan agensi-agensi berkaitan pertanian dengan lebih mengutamakan produk negara jiran.

Katanya, baru-baru ini, beliau viralkan longgokan buah timun hasil ladangnya yang tak boleh dijual, barulah ada wakil jabatan terbabit datang melihat masalahnya.



Menurut Azhar yang telah mengusahakan tanaman timun sejak 5 tahun lalu, daripada apa yang diberitahu, punca timun yang diusahakan oleh petani tempatan tidak laku akibat limpahaan buah timun dari negara jiran Thailand.

Katanya, pemborong lebih suka berurusan dengan pihak yang membawa masuk timun dari luar daripada menyokong usaha petani tempataan.

Tegas Azhar lagi, masalah yang dihadapi ini sudah banyak kali berlaku, namun janji pihak berkuasa tempatan hanya tinggal janji.

Azhar kesal kerana usaha yang dilakukannya juga tidak mendapat perhatian dan sokongan pemimpin tempatan jauh sekali untuk membantu.

Pihak Jabatan Pertanian daerah ada membantu dengan memberi bantuan baja dan pam air sewaktu peringkat awal dahulu.


Azhar menunjukkan buah Timun diladangnya yang sudah boleh dipetik.


Azhar, yang menetap di Kampong Baru Siong, S berkata adalah tidak logik pemborong menawarkan harga 30 sen sekilo sedangkan harga baja yang digunakan untok menyuburkan pokok pokok timun di ladangnya berharga lebih RM200 seguni.

Beliau yang mempunyai pembantu seramai tiga pekerja berkata, pokok timun mampu mengeluarkan hasil selepas ditanam 25 hari sahaja dan mampu bertahan lebih 2 bulan.

Akibat tiada ada pemborong yang datang membeli hasil tanamannya, Azhar dan pembantunya terpaksa juga memetik buah timun yang sudah boleh dipetik dan dilonggokkan di ladangnya untuk disedekahkan pada orang ramai.

Pihak Jabatan Pertanian daerah Baling dan FAMA daerah gagal dihubungi untok mendapatkan penjelasaan lanjut. - KitaReporters


14
13
1
10
0
You will be interested