Alam & Sains 28 Nov, 2020

Banjir di Terengganu! Jumlah mangsa banjir terus bertambah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

HUJAN lebat berterusan yang melanda di beberapa daerah di negeri Terengganu sejak pagi Jumaat 27 November 2020 menyebabkan seramai 1,135 orang mangsa banjir yang membabitkan 296 keluarga dari lima daerah telah dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mulai sebelah petang. : KitaReporters



Lagi laporan-laporan berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Daripada jumlah itu, Kemaman merupakan daerah yang paling tinggi mangsa banjir di negeri itu merekodkan 758 orang daripada 184 keluarga telah ditempatkan di empat PPS.

Menurut laporan Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu yang dikeluarkan pukul 8 malam 27 November 2020, ia termasuk daerah Kuala Nerus melibatkan 17 mangsa dari tujuh keluarga di dua PPS. 



Kredit foto: FB MPKK Air Puteh dan MPKK Teladan


Daerah Dungun pula melibatkan 329 mangsa banjir daripada 96 keluarga di dua PSS manakala Marang ialah 14 mangsa ditempatkan di satu PPS membabitkan lima keluarga.

Bilik Gerakan Bencana Banjir itu juga menyebut daerah Kuala Terengganu melibatkan 17 mangsa banjir dari empat keluarga diletakkan di satu PPS. 



Sebelum itu, mengikut laporan bilik gerakan banjir berkenaan pada pukul  4 petang, Jumaat 27 November 2020 jumlah mangsa banjir di lima daerah itu ialah 698 mangsa dari 201 keluarga di 11 PPS sahaja.

Ia meliputi Kemaman membabitkan 279 mangsa banjir (79 keluarga), Dungun 361 mangsa (104 keluarga), Marang 14 mangsa (5 keluarga), Kuala Nerus 27 mangsa (9 keluarga) dan Kuala Terengganu 17 mangsa (4 keluarga).  



Kemaman mencatatkan jumlah tertinggi daripada 279 mangsa banjir kepada 758 orang dalam tempoh masa empat jam itu kerana kawasan Air Putih dan Sungai Tebak menaiki secara mendadak pada paras bahaya iaitu 18.73 meter dan 15.42 meter bagi Air Putih. 

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di lima daerah itu dijangka bertambah pada tengah malam ini kerana hujan lebat masih berterusan di kawasan berkenaan. - KitaReporters


Kredit foto: FB MPKK Air Puteh dan MPKK Teladan

4
1
15
2
3
You will be interested