Alam & Sains 03 Aug, 2020

Kitar semula! Bina rumah guna plastik botol minuman terpakai

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MELIHAT botol minuman plastik merupakan perkara biasa yang dilihat setiap hari kan? Tapi siapa sangka botol minuman itu boleh digunakan untuk membina sebuah rumah. Pelik kan? Tapi itulah kebenaran. 

Perkara itu dibuktikan oleh seorang pencinta alam sekitar dari Kanada, Robert Bezeau yang berjaya membina sebuah rumah hasil daripada kitar semula botol minuman terpakai di bandar Isla Colon Bocas del Toro, Panama, baru-baru ini. : KitaReporters

ROBERT BEZEAU bangga dapat menyiapkan rumah yang dibina menggunakan botol minuman air terpakai. - Kredit foto: World-architects.com


Lagi cerita-cerita mengenai alam sekitar:

https://kitareporters.com/search?search=alam+sekitar


Rumah yang dibina berkenaan dihasilkan daripada 40,000 botol minuman terpakai yang dikumpulkan. 

Wow!!! Banyak tu manalah dia dapat semua tu.

ASAS utama yang dibina bagi meletakkan botol minuman terpakai sebelum dilapisi simen. - Kredit foto: Peekmee.com


Memetik laporan peekme.cc, 40,000 botol minuman terpakai dijadikan sebagai bahan utama dalam pembinaan rumahnya.

Menurut Bezeau, kediaman berkenaan dibina dengan menggunakan bingkai utama dan meletakkan botol-botol minuman terpakai dalam bingkai berkenaan yang dibina dengan menggunakan besi dan keluli sebelum dilapisi dengan simen konkrit.

RUANG dalam kelihatan cantik dengan pemandangan yang dpenuhi dengan botol minuman terpakai.


Menurutnya pada awal pembinaan, rumah yang mengambil masa selama dua tahun dibina itu kelihatan tidak menarik seolah-olah tempat pengumpulan bahan terpakai.

Namun selepas siap dibina ia menghasilkan kerja tangan yang sangat mengagumkan!.

Wow! Cantiknya.

PEMANDANGAN dalam yang kelihatan unik dengan menggunakan boto, minuman terpakai .


Menariknya, kediaman berkenaan menjadi sejuk secara semula jadi.

Istimewanya, suhu di dalam rumahnya adalah 17 Celsius menyerupai berada dalam bilik berhawa dingin.

Jadi, jangan risau dengan bahang apabila berada di rumah kerana walaupun tanpa pendingin hawa suasana rumah ini tetap sejuk jika masuk ke dalam rumah ini!

Ini baru sejuk yang asli!

Bezeau berkata, pembinaan rumahnya itu bukan sahaja membuktikan bahan-bahan terbuang itu boleh ‘diselamatkan’ menerusi kitar semula.

PEMANDANGAN luar yang menampakkan keseluruhan rumah yang dibina oleh pencinta alam sekitar yang mengambil masa selama dua tahun.


“Ini semua memerlukan kreativiti dan tidak memerlukan kos yang mahal," ujarnya penuh bangga.

Melihat keadaan di dalam rumah yang dilitupi dengan botol plastik pasti memberi sebuah pengalaman baru yang menyeronokkan.

Dengan terbinanya rumah ini Bezeau berharap dapat  menyedarkan masyarakat bahawa botol plastik sebenarnya boleh dijadikan bahan binaan.

Terbaiklah Bezeau!! - KitaReporters

3
6
0
0
0
You will be interested