Alam & Sains 13 Jun, 2020

Hati-hati guna hand sanitizer! Lebih baik guna sabun sahaja!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this
SECARA tiba-tiba permintaan terhadap cecair pembasmi kuman untuk kegunaan membersihkan tangan atau 'hand sanitizer' meningkat begitu mendadak sekali sebaik sahaja berlakunya penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia seawal Januari 2020. Di mana-mana sahaja rakyat mencarinya sehingga ada yang membeli tanpa mempastikan keberkesannya. Malah ada yang sanggup menghasilkannya sendiri. : KitaReporters

Gambar hiasan

Kemunculan wabak pandemik COVID-19 di dunia termasuk Malaysia telah mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat. 

Pelbagai usaha dilaksanakan dalam membendung penularan wabak berkenaan. Bukan hanya kerajaan, rakyat terus berusaha dan mencari jalan mengelak daripada terkena jangkitan.

Orang ramai terus diminta mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dalam menjalani kehidupan seharian iaitu dengan mengamalkan penjarakan sosial, cuci tangan dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Kawalan kendiri amat penting dalam mencegah kebolehjangkitan COVID-19. Sentiasa amalkan kebersihan diri. 

Pesanan penaja yang sudah menjadi rutin sejak wabak melanda.

Saban waktu kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meuar-uarkan kepada orang ramai menerusi media cetak, digital dan media sosial supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menjaga keselamatan dan kebersihan diri.
Pesanan dilakukan daripada semasa ke semasa supaya rakyat sentiasa peka dalam menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan (menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman) dan pakai topeng mulut dan muka (face mask) terutama ketika berada di tempat awam.
Setiap hari juga pada sidang media harian bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah, tidak pernah lupa mengingatkan rakyat mengenai kawalan kendiri. 

SOP jangan sesekali lupa ye.. virus di mana-mana!

Walaupun kini keadaan semakin terkawal kita tidak boleh mengambil sikap lewa sebaliknya harus sentiasa menjaga kebersihan diri. 

Harus selalu membersihkan tangan dan jika tubuh kurang sihat, gunakan pelitup muka ketika di tempat awan dan duduk di rumah jika tiada urusan di luar.

Gambar hiasan

Ketika pada awal penularan wabak, hand sanitizer menjadi sebutan ramai. 

Di mana-mana sahaja ianya dicari walaupun ada yang menjualnya pada harga tak masuk akal mereka tetap membeli kerana tiada pilihan. 

Apa yang mahal sangat ni!!!

Serentak itu juga peniaga online mula menawarkan pelbagai jenama pembasmi kuman hand sanitizer sama ada dalam bentuk cecair atau gel. Permintaan amat tinggi. 

Tidak diketahui daripada mana munculnya secara tiba-tiba lambakan hand sanitizer ni di pasaran. 

Pelbagai jenama keluar sama ada daripada syarikat terkenal atau yang muncul secara instant. Yang jenama instant ni memang merisaukan sedikit. 

Apabila tidak banyak pilihan dan tidak mahu menyulitkan keadaan... asal ada beli aje lah!

Gambar hiasan

Tapi, sebelum membelinya, pastikan anda fahamkan dahulu kandungannya. Jangan beli hanya kerana botolnya cantik atau baunya yang harum semerbak. 

Teliti kandungannya dulu, ok? Itu lebih selamat! Kalau yakin baru beli.

Bagaimanapun, dalam kekalutan kita menggunakan cecair basmi kuman itu, tidak terfikirkah akan kesannya pada kulit terutama bahagian tapak tangan yang selalu kita cuci itu. 

Sensitifkah kulit pada bahagian jari jemari kita. Bagi yang berkulit sensitif terutama pesakit ekzema, penggunaan cecair ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif. Luka dan menggelupas tidak dapat dielakkan. 

Lebih baik cuci dengan sabun sahaja!

Gambar hiasan

Kalau nak tahu... Cecair pembasmi kuman perlu mempunyai bahan aktif yang berasaskan alkohol (70 peratus).

Kepekatan alkohol ini diguna meluas dalam banyak produk cecair pembasmi kuman kerana kemampuannya membunuh pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit.

Ada juga yang berani menghasilkan sendiri hand sanitizer semata mata untuk berjimat. 

Tetapi apakah kaedah yang digunakan itu mengikut piawaian sebenar. Bukankah ianya  perlu mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Bukan main hentam asal jadi sahaja. Kita tidak tahu tahap keberkesanannya.

Kalau teringin sangat nak buat sendiri cecair pembasmi kuman tu perlulah merujuk pada mereka yang pakar dalam bidang sains. Ini tidak buat sendiri lepas tu iklankan dan jual dengan harga murah. 

Hasilnya? Berlaku kejadian tidak diingini. Kulit tangan jadi rosak, luka atau menggelupas.

Pada awal Jun 2020, tular dalam media sosial iaitu dari Facebook page Okay Kah Tawau bersumberkan status seorang wanita Nur Suraya mengenai kesan daripada kekerapan menggunakan hand sanitizer.

"Penangan macam macam jenis hand sanitizer .
"Keluar nak beli keperluan, masuk mall kena pakai hand sanitizer. Masuk pasaraya kat dalam, pakai lagi hand sanitizer. 
"Eczema saya jadi makin teruk. Lepas biji air tu pecah. Akan jadi nanah. Bengkak. Gatal tak payah cakap laaa. Tak tertanggung rasanya. Dah pakai Momet, makin teruk."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=151016283149736&id=106274100957288


Ramai yang membalas komen page berkenaan terutama mereka yang menghidap ekzema iaitu sejenis penyakit kulit dan meminta warganet berhati-hati menggunakan bahan nyahkuman yang disediakan. 
Ramai juga yang komen sambil menunjukkan tapak tangan dan jari yang terluka, kulit menggelupas, kering, gatal-gatal dan tanda lebam di bahagian telapak tangan. 

Ada juga yang melahirkan rasa kesal kerana menggunakan cecair pembasmi kuman yang dibeli secara dalam talian tanpa diselidik kesahihannya. Nasi sudah menjadi bubur. 

Berwaspada pada produk tiruan!

Antaranya;

Jimmy Moschi berkata: "same la. hand sanitizer buat tangan jadi kering. eczema dah lame xde pun muncul

balik. 😅"
Jaja Hamid menulis: "Anak saya pun sma, tp nasib sya rawat dgn herba, alhamdulillah  dh kering sian tgok, pedih gatal."





Kredit foto: FB page Okay Kah Tawau


Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Asyitin Shahidan menasihati warganet supaya lebih berhati-hati bila menggunakan hand sanitizer. 

Dia menasihati orang ramai supaya menggunakan hand sanitizer sendiri berbanding yang disediakan di premis perniagaan. 

Ada yang mendakwa cecair nyahkuman yang disediakan seperti air sabun biasa dan tidak berbau. 

Asiyin menulis: "Patutnya memang ada bau kan? Pakai hand sanitizer sendiri lebih selamat. 

"Kita taktau apa yang depa campur dalam handsanitizer tuh. Mungkin kulit kita sensitif pada certain2 bahan dalam handsanitizer tu. 
"Balik dari luar, terus sabun tangan sebersihnya. Pakai losyen sebagai pelembab kerana ada hand sanitizer yang mengeringkan kulit. 
"So alert keh, kita jaga kita sendiri."


Seorang lagi pengguna Facebook Huzz Aini meminta orang ramai hanya membeli cecair pembasmi kuman yang diluluskan KKM sahaja untuk mengelak bahaya dan dipersetujui dengan komen positif.



Dr Mimi Sakinah menunjukkan cecair pembunuh kuman Germs Free Hand Sanitizer yang dihasilkan sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kredit foto: UMP


Sementara itu, Penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim turut menasihatkan orang ramai yang ingin mendapatkan cecair pembasmi kuman supaya memeriksa kandungan label produk terlebih dahulu.

Katanya, paling utama adalah kandungan alkohol sama ada isopropyl alcohol atau ethanol dan peratusan yang sesuai untuk membunuh kuman antara 70 hingga 75 peratus.

Selain itu, katanya, pengguna perlu memastikan tiada kandungan yang berbahaya seperti triclosan, paraben dan bahan kimia lain iaitu ejen kanser atau gangguan terhadap hormon manusia.

Kredit foto: FB page Okay Kah Tawau


Kredit foto: FB page Kredit foto: Okay Kah Tawau


“Sekiranya kulit sensitif, lebih baik memilih produk cecair berbentuk gel yang juga mengandungi aloe vera, glicerin serta vitamin E yang baik untuk menjaga kelembapan kulit.

“Namun apa yang lebih penting produk dihasilkan dari pengeluar yang mendapat pengiktirafan atau yang mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya sebagai dipetik oleh media tempatan.

Kita meneruskan kelangsungan hidup dengan gaya norma baharu hari ini. 

Kawalan kendiri sudah menjadi agenda utama untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan persekitaran yang sihat dan terhindar daripada gejala COVID-19. 

Tiada hand sanitizer bukan masalah. Guna sabun itu yang sebaik-baiknya untuk mencuci tangan. : KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested