Alam & Sains 18 Aug, 2025

Bagi kekang gejala spam! SKMM buka rundingan awam! Maklum balas terhadap cadangan kerangka kawalan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Bagi mengekang berleluasanya Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) atau lazimnya dikenali sebagai ‘spam’, SKMM memulakan rundingan awam selama dua minggu berhubung cadangan Kerangka Peraturan bagi spam. Ia  untuk mengukuhkan perlindungan pengguna, menggalakkan amalan pemasaran digital yang bertanggungjawab serta memupuk ekosistem digital lebih selamat dan dipercayai. - KitaReporters



Bagi mengekang keburukan dan berleluasanya Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) atau lazimnya dikenali sebagai ‘spam’, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan rundingan awam selama dua minggu berhubung gejala spam tersebut.

Rundingan yang bermula sejak 13 Ogos 2025 lalu itu akan mendapat maklum balas bagi mengkaji cadangan Kerangka Peraturan untuk menyekat berlakunya spam.

Kerangka peraturan diwujudkan bagi mengukuhkan perlindungan pengguna, menggalakkan amalan pemasaran digital yang bertanggungjawab serta memupuk ekosistem digital lebih selamat dan dipercayai,

"SKMM bermulai 13 Ogos 2025 memulakan rundingan awam selama dua minggu berhubung cadangan Kerangka Peraturan bagi Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM) atau lazimnya dikenali sebagai ‘spam’.

"Inisiatif berkenaan selaras dengan Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diperkenalkan melalui pindaan perundangan yang diwartakan pada Februari tahun ini (2025)," kata SKMM dalam satu kenyataan media pada 13 Ogos 2025.



Menurut SKMM, kerangka peraturan berkenaan bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna, menggalakkan amalan pemasaran digital yang bertanggungjawab serta memupuk ekosistem digital lebih selamat dan dipercayai.

“Selaras dengan peruntukan baharu ini, SKMM sedang merangka perundangan subsidiari bagi mewujudkan struktur kawal selia yang jelas, utuh dan berkesan untuk menangani peningkatan penghantaran UCEM,” menurut kenyataan itu lagi.

SKMM menjelaskan, rundingan awam itu mengundang maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, kumpulan pengguna, pembuat dasar dan orang awam.

Justeru kata SKMM, semua pihak dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan terhadap pendekatan kawal selia yang dicadangkan sepanjang tempoh rundingan berlangsung pada 13 Ogos hingga 5 petang, 27 Ogos 2025 ini.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen SKMM terhadap proses pembentukan dasar yang telus, inklusif, konsultatif dan berasaskan bukti,” tambahnya.

Maklumat lanjut dan dokumen rundingan boleh diakses di laman sesawang rasmi SKMM di pautan https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/public-consultation-on-unsolicited-commercial-ele. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
9
0
7
0
You will be interested