Alam & Sains 30 Jul, 2023

Jom Tanam Pokok! Tahun kedua inisiatif kelestarian alam sekitar Exabytes! Dapat kerjasama EasyParcel!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Penyedia perkhidmatan lengkap teknologi awan, e-dagang dan digital terulung di rantau Asia Tenggara, Exabytes Group, mengumumkan kesinambungan kempen Let’s Plant A Tree (Jom Tanam Pokok) bagi tahun yang kedua, susulan kejayaan kempen sama pada tahun lalu (2022). 

Kempen ini sebahagian daripada inisiatif kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus kerajaan (ESG) dan berlangsung dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), EasyParcel serta Jabatan Perhutanan Pulau Pinang. 

Ia dilaksanakan dengan matlamat untuk mengukuhkan impak positif kepada alam sekitar menerusi penanaman 3,330 batang pokok di daerah Balik Pulau yang mendamaikan. 



Kempen sulung Let’s Plant A Tree yang berlangsung pada April 2022 merupakan cetusan idea Exabytes dengan matlamat untuk memelihara kepelbagaian biologi bumi dan menangani cabaran ekologi semasa seperti kemerosotan hutan. 

Usaha serupa pada tahun ini (2023) berlangsung dengan impak berkumpulan yang lebih besar apabila 1,000 batang pokok yang ditanam disumbangkan oleh Exabytes dan penaja bersama kempen, platform tempahan penghantaran bungkusan Nombor 1 Asia, EasyParcel. 

Dengan berkolaborasi bersama EasyParcel, penggiat industri logistik yang dipercayai, kempen ini membawa matlamat untuk memberikan impak positif yang berkekalan kepada alam sekitar dan memberi inspirasi kepada pihak lain untuk turut serta.

Pelancaran kempen yang berlangsung berdekatan Pantai Malindo di Balik Pulau ini telah menarik penyertaan sebanyak 32 orang pekerja Exabytes dan 12 orang wakil serta sukarelawan dari EasyParcel. 



“Kempen Let's Plant A Tree ialah bukti komitmen tidak berbelah bagi Exabytes kepada kelestarian alam sekitar. 

"Kita boleh memberikan sumbangan kepada usaha menyeluruh penghutanan semula pada peringkat global, membangunkan kembali ekosistem yang rosak, memulihkan hutan yang hilang, serta mengurangkan kesan perubahan iklim dengan menanam lebih banyak pokok. 

"Pada masa yang sama, kami amat berbangga dengan kejayaan kempen ini pada tahun lepas (2022). Pada tahun ini (2023) pula, kami berharap dapat menggandakan lagi impak positif kepada alam sekitar dengan dukungan daripada rakan-rakan kongsi dan klien kami. 

"Kami menggunakan tanda pagar #LetsPlantATree sebagai semboyan kempen bagi menyeru semua pihak untuk bersatu dan bekerjasama dalam mengembalikan keseimbangan kepada sistem ekologi. 

"Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada organisasi dan individu lain untuk mengutamakan pendekatan yang lestari dan mampan serta menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes Group, Chan Kee Siak.



“Dengan kadar penebangan hutan yang semakin membimbangkan seperti dilaporkan di semua tempat termasuk Malaysia, usaha untuk memulihara alam sekitar agar kembali menghijau perlu dilakukan segera. 

"Oleh itu, EasyParcel menghargai peluang yang diberikan Exabytes untuk kami turut serta bagi menzahirkan komitmen dalam membantu alam sekitar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel, Clarence Leong.

Exabytes menyeru orang ramai dan semua pelanggannya untuk menyertai inisiatif ini dengan mengikrarkan sumbangan sebanyak RM10 bagi membantu penanaman sebatang pokok mewakili mereka. 

Orang perseorangan yang ingin turut serta dan menyokong penanaman pokok boleh melawat laman kempen di www.exabytes.my/plantatree untuk membeli jumlah pokok yang diingini. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
10
0
8
0
You will be interested