Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat berjaya diselamatkan oleh pasukan Pertahanan Awam Syria dan orang ramai ketika gempa bumi melanda di Syria pada 6 Februari 2023. - Foto kredit agensi.
SEDIH, pilu dan cukup dramatik menyelubungi pasukan Pertahanan Awam Syria dan orang ramai ketika mereka menemukan seorang bayi perempuan yang baharu lahir di bawah timbunan batu-batu konkrit bangunan yang runtuh akibat kejadian gempa bumi melanda di Syria pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Suara tangisan bayi sedang menangis kedengaran seolah-olah sedang memanggil orang ramai untuk minta dia diselamatkan akibat dihempap timbunan runtuhan bangunan dan menjadi mangsa gempa bumi berskala 7.8 richter.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi-bayi
Tragedi sedih berlaku di bandar barat laut Syria amat mengejutkan serta tragis apabila mereka melihat keadaan bayi ‘ajaib’ ditemui hidup serta masih bertali pusat bersambung dengan ibunya, dikenali Afraa Abu Hadiya, yang telah meninggal dunia, kata mereka (penyelamat).
Bayi itu
merupakan satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat daripada bangunan
runtuh di bandar kecil Jinderis,
bersebelahan sempadan Turkiye, ujar Ramadan Sleiman, seorang saudara mangsa,
ketika memberitahu The Associated Press
(AP).
Bayi yang baru lahir itu diselamatkan petang Isnin (6 Februari 2023), lebih 10 jam selepas gempa melanda.
Selepas penyelamat menggalinya (batu runtuhan bangunan), seorang jiran wanita segera memotong tali pusat (bayi), dan mangsa kemudiannya dihantar ke sebuah hospital kanak-kanak di bandar Afrin berhampiran.
Setibanya bayi itu di hospital, dia telah dirawat dan disimpan dalam inkubator, kata doktor yang merawat bayi itu, Dr. Hani Maarouf.
Bayi perempuan yang baharu lahir di bawah timbunan runtuhan bangunan dihantar ke hospital kanak-kanak berdekatan untuk diberikan rawatan dan pengawasan oleh pihak perubatan Syria. - Foto kredit AP.
Video penyelamatan bayi tersebut menjadi tular di seluruh dunia selepas dimuat naik oleh warga maya dalam platform media sosial.
Rakaman ‘footage’ itu menunjukkan keadaan detik-detik cemas dan menyayat hati berlaku; selepas bayi itu dikeluarkan dari runtuhan (bangunan) oleh seorang lelaki mengangkatnya dengan tali pusatnya masih berjuntai. Disusuli pula kehadiran seorang lelaki lain cuba melemparkan selimut untuk membalut bayi yang dipercayai mengalami kecederaan.
Suhu badan
bayi itu telah jatuh kepada 35 darjah
Celsius (95 darjah Fahrenheit) dan dia mengalami kesan-kesan calar dan lebam,
termasuk di belakang tubuhnya. Walau bagaimana pun mangsa berada dalam keadaan
stabil, jelas doktor yang merawatnya.
Abu Hadiya (ibu bayi) pasti dalam keadaan sedar (hidup)
semasa proses kelahiran berlaku; dan kemudian mengetahui hayatnya tidak panjang
apabila beliau akhirnya meninggal dunia, kata Dr. Maarouf.
Pegawai perubatan itu menganggarkan bayi itu dilahirkan beberapa jam sebelum dia ditemui memandangkan suhu badannya telah menurun. Sekiranya bayi perempuan itu dilahirkan sejurus sebelum gempa bumi berlaku, dia tidak akan dapat bertahan selama berjam-jam dalam cuaca sejuk melampau, tambah beliau lagi.
"Sekiranya bayi itu ditinggalkan selama sejam lebih, dia akan mati," jelas Maarouf.
Sementara itu, gempa bumi berlaku sebelum subuh Isnin, 6 Februari 2023 itu, dipercayai Abu Hadiya, suami dan empat orang anaknya cuba berlari keluar dari bangunan pangsapuri mereka, tetapi struktur itu dikatakan runtuh.
Akibatnya
mayat mereka (sekeluarga) ditemukan berhampiran pintu masuk bangunan itu, kata Sleiman, seorang saksi bayi baru lahir
di bawah runtuhan pangsapuri tersebut.
"Dia (bayi) ditemui di hadapan kaki ibunya selepas debu dan batu dialihkan dan didapati masih hidup ," katanya.
Apakah nasib masa depan bayi seberat 3.175 kilogram (7 paun) yang diberikan nama Aya juga dianggap luar biasa itu? Akan hidup dalam keadaan yatim piatu tanpa kasih sayang ibu bapa dan ahli keluarga kandung.
Pastinya
peristiwa gempa bumi dahsyat ini akan mengingatkan dia sepanjang hayat dengan cerita-cerita
sedih dan duka yang mengorbankan nyawa ahli keluarganya nanti.
Gempa bumi di Syria dalam laporan awal media telah menyatakan lebih daripada 730 bangunan telah runtuh dan merosakkan beribu-ribu lagi di wilayah lain di bumi anbiya’ itu. Malah 3,100 nyawa turut terkorban dan ribuan dikuatiri cedera dan hilang. - KitaReporters
Bayi comel dan luar biasa diberikan nama Aya terselamat dalam kejadian gempa bumi di Syria. - Foto kredit BBC.
Sumber:
https://apnews.com/article/newborn-rescued-earthquake-syria-899ba2d62631d3f5c77761b935f9f7e9
https://www.scmp.com/news/world/middle-east/article/3209701/syria-baby-girl-born-beneath-earthquake-rubble-be-taken-relatives
https://youtu.be/gthBUiTlUd4