Alam & Sains 18 Nov, 2022

Berikanlah saya mandat! Saya akan selamatkan Hutan Komuniti Shah Alam, Bukit Cerakah! - Isham Jalil

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


PENGGONDOLAN hutan untuk projek pembangunan di sekitar Shah Alam adalah salah satu punca yang menyebabkan ekosistem yang tidak stabil di kawasan berkenaan, selain punca pencemaran dan banjir yang teruk melanda sekitar Shah Alam

Difahamkan ketika ini sebanyak sembilan pemaju sedang menjalankan pembangunan di kawasan yang dahulunya adalah hutan simpan

Pembangunan itu dijalankan sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri dan lebih menyedihkan lagi kawasan  yang  dibenarkan untuk dibangunkan itu adalah kawasan sensitif alam sekitar


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hutan Komuniti Shah Alam


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Shah Alam, Isham Jalil dalam sidang media mengenai Selamatkan Hutan Komuniti Shah Alam di Bukit Cerakah, Shah Alam, pada Khamis, 17 November 2022, berkata, projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan di Hutan Simpan Bukit Cerakah itu boleh dihentikan melalui beberapa langkah.

"Saya cadang tanam semula pokok di kawasan yang telah gondol dan ditarah. Kalau hutan tak ditanam semula, selut akan masuk ke dalam sungai. Itu yang jadi banjir. 

"Kita minta injunksi. Kita boleh tanam semula supaya pokok-pokok baharu yang tumbuh, akan pegang dan menguatkan tanah. Jadi, selut tak masuk ke sungai. Aliran sungai lancar dan tak jadi banjir. Ini yang kita boleh buat untuk melindungi hutan,” katanya.  

Mengulas lanjut, sekiranya Isham diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, beliau akan semak semula perkara yang melibatkan projek pembangunan yang telah diluluskan di hutan simpan berkenaan.


Isham Jalil bersama NGO, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia PEKA 

Isham Jalil, juga memberitahu penyahwartaan kawasan Hutan Simpan Bukit Cerakah tetap diteruskan kerajaan negeri walaupun mendapat bantahan penduduk.  

Beliau berkata penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cerakah telah diputuskan oleh kerajaan negeri pada Mei 2020. Katanya lagi berikutan keputusan itu, sebanyak  sembilan pemaju telah dianugerahkan award untuk membangunkan kawasan  hutan simpan tersebut. 

“Apa yang berlaku adalah pemaju telah menarah bukit dan apabila bukit ditarah dan digondol,  macam-macam masalah lain telah berlaku. Saya dapati sekitar 10 hingga 15 tahun lalu, kejadian banjir kilat di Shah Alam semakin teruk. Ini kerana bukit dan hutan telah gondol. 

"Kami nak bagi tahu kerajaan Selangor, jangan gondol hutan. Tak kan semua bukit di Selangor nak ditarah. Sebab itulah, banjir berlaku, berpunca daripada ini,” tambahnya. 



Isham berkata, sekiranya beliau diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, beliau akan memperjuang  isu tersebut dan akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa penduduk sekitar Bukit Cerakah.

“Yang pertama, kita nak lihat unsur-unsur ekosistem itu, tahap pencemaran dan sebagainya.

“Yang kedua, kita nak tengok aspek undang-undang. Kalau ada unsur-unsur (element) laporan SPRM yang telah dibuat, kita akan tengok balik. Kalau projek itu ada salah guna kuasa atau rasuah, tak kan nak teruskan. Kena lihat  dengan lebih terperinci dan menyeluruh ” katanya.

“Saya akan fight isu ini. Ini komitmen saya,” tegasnya penuh bersemangat mengakhiri sidang media berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari;  wakil Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka),  Abdul Razak Ismail; dan Bendahari Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), Dr. Lim Teck Wyn. - KitaReporters



Hutan Komuniti Shah Alam

18
11
0
12
0
You will be interested