VIRUS penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19 yang baru-baru ini membuatkan sekurang-kurangnya dua rakyat Indonesia disahkan terjangkit, menyebabkan warga negara Indonesia (WNI) melakukan langkah pencegahan. Ada juga langkah tersebut yang mencetuskan suasana lucu. : KitaReporters
Akibatnya, secara tidak langsung harga penutup mulut yang dijual di farmasi dan kedai-kedai biasa naik mendadak antara 20 hingga 30 peratus daripada harga asal.
Ini membuat pihak kerajaan memberi amaran akan mengena hukuman keras kepada pihak-pihak yang menjual penutup mulut pada harga melampau.
Pada masa yang sama, penunggang motosikal ojek juga diminta memakai topeng ketika menunggang dan membawa penumpang.
Namun salah seorang penunggang ojek menjadi tular atau viral apabila menggunakan topeng luar biasa iaitu topeng antiradiasi ketika melakukan pekerjaan.
Tular dalam media sosial, video seorang penunggang ojek bersiap mengangkut penumpang.
Hairannya, dia memakai topeng antiradiasi.
Topeng berbentuk seperti nyamuk yang disertai alat pernafasan seperti belalai itu sebenarnya merupakan topeng gas yang biasa juga digunakan sebagai topeng mencegah radiasi.
Topeng ini dahulu digunakan oleh negara-negara Eropah Timur, namun penggunaannya sudah hampir tidak diguna lagi.
"Kenapa pakai masker (topeng), bang?" tanya seorang pelanggan yang melihat kelakuan si penunggang ojek memakai topeng berukuran besar itu.
Laporan dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus