MESIN basuh yang digunakan oleh keluarga Jackie Redfern. - Kredit foto: dailymail.co.uk
SEBELUM ini kita pernah didedahkan dengan kisah kanak-kanak yang terperangkap di dalam mesin basuh pasti mendebarkan!
Terbaharu kisah sama tapi kali ini melibatkan seekor anak musang peliharaan yang terperangkap lebih sejam di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Leeds, England baru-baru ini.
Alamak! camne boleh jadi tu?
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan England:
https://kitareporters.com/search?search=england
Kredit foto: dailymail.co.uk
Memetik laporan portal dailymail.co.uk, kejadian mendebarkan itu berlaku apabila anak musang itu menyelinap masuk ke dalam mesin basuh sebelum berputar selama sejam 20 minit.
Tak dapat bayangkan macam keadaan binatang itu yang ‘berjuang’
lebih sejam di dalam mesin basuh itu dalam ruang yang sempit itu.
Tapi inilah dikatakan berpantang maut sebelum
ajal… anak musang berusia dua tahun yang dinamakan Bandit itu masih hidup!
Namun binatang itu mengalami masalah lebam paru-paru selain
calar kesan gulingan di dalam mesin basuh berkenaan.
Kasihannya dia... Alahai camne boleh masuk?
SELAMAT dan hanya mengalami calar selepas terperangkap lebih sejam di dalam mesin basuh yang sedang berputar.
Pemilik Jackie Redfern berkata kemungkinan Bandit
menyelinap masuk tanpa disedari ke dalam mesin ketika dia sedang memasukkan
baju ke mesin basuh berkenaan.
Redfern kemudian terus bergegas membawa Bandit ke klinik veterinar berhampiran rumahnya.
Pakar bedah veterinar, David Massey keadaan Bandit
sangat teruk ketika tiba di klinik namun selepas beberapa jam mendapatkan
rawatan Bandit mula menunjukkan perubahan yang lebih baik.
Sehingga hari ini, Bandit masih dalam proses pemulihan
dan diberikan ubat untuk mengembalikan kesihatan.
Ekoran kejadian yang menimpa haiwan peliharaan,
Redfern menasihati orang ramai untuk memeriksa mesin basuh mereka sebelum
menggunakannya.
Semoga kejadian itu menjadi pengajaran kepada kita kerana ada antara kita yang memelihara atau ada anak kucing! - - KitaReporters