Alam & Sains 20 Jan, 2021

Tragis! Ralit bermain di beranda rumah! Kanak-kanak lelaki putus tangan digigit biawak komodo

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

INDONESIA satu-satunya negara yang mempunyai biawak komodo atau nama saintifiknya Varanus Komodoensis. Binatang buas ini merupakan spesis biawak terbesar di dunia. Panjangnya boleh mencapai tiga meter dengan berat antara 870 sehingga 150 kilogram. Biawak komodo adalah haiwan karnivor dan mempunyai gigitan yang kuat. : KitaReporters


Biawak komodo mempunyai gigi tajam dan gigitan yang kuat. - Kredit foto: Google Image


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan liar:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan+liar


Paling ditakuti, air liur biawak komodo mempunyai lebih kurang 50 jenis bakteria dan menjadikan gigitannya boleh membawa maut. Pada kebiasaannya selepas mengigit, biawak Komodo akan membiarkan mangsanya lemah dan mati dahulu sebelum memakannya.

Bukan sahaja haiwan seperti babi, kambing, rusa dan kerbau menjadi makanannya, biawak komodo juga akan membunuh manusia sekiranya ada peluang terutama kanak-kanak.


Tragedi ngeri kanak-kanak digigit biawak komodo itu menggemparkan masyarakat setempat. - Kredit foto: Sindonews.com


Berdasarkan rekod, sudah ramai yang mati akibat dibaham biawak Komodo. Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bernama Febianto menjadi mangsa keganasan biawak komodo.

Namun, kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana masih selamat, cuma putus pergelangan tangan akibat digigit seekor biawak komodo di Kampung Komodo, Manggarai Barat, Indonesia.

Lapor portal Kompas.com, kejadian ngeri itu berlaku pada hari Sabtu, 16 Januari 2021 ketika kanak-kanak itu bermain di luar rumah sendirian. Manakala ibunya berada di dalam rumah.

Menurut Setiausaha Penduduk Kampung Komodo, Ismail, kanak-kanak itu sedang bermain di beranda sebelum biawak komodo itu menyambar tangan kiri dan mengigitnya hingga putus.


Kanak-kanak malang tersebut berjaya diselamatkan oleh orang kampung. - Kredit foto: Sindonews.com


“Ketika dia sedang sibuk bermain, tiba-tiba tangan kirinya digigit oleh biawak komodo sehingga menyebabkan dia jatuh dari tangga. Ibu mangsa bergegas ke luar rumah setelah mendengar seperti bunyi orang jatuh dan terkejut melihat anaknya sudah berlumuran,” ceritanya.

Selain tangan, kanak-kanak tersebut juga cedera di bahagian muka. Biawak komodo itu melarikan diri setelah penduduk yang berada berdekatan ketika kejadian itu bertindak memukul dan menghalaunya.


Febianto dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Kredit foto: Metro7.co.id


Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Serangan tersebut mungkin berpunca disebabkan habitatnya terganggu oleh pembangunan sehingga kehilangan sumber makanan. - KitaReporters


2
2
6
0
0
You will be interested