Alam & Sains 11 Nov, 2020

Geram akses internet terhad! Polis guna kuali tangkap isyarat

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PERCAYA atau tidak, kreativiti akan muncul apabila seseorang itu berdepan dengan masalah atau halangan di sekitarnya. Kadang-kadang kita tidak terfikir satu hari nanti kita boleh menjadi seorang yang kreatif. Begitulah yang terjadi ke atas seorang aggota polis di Indonesia apabila hasil kreativitinya membantu dirinya dan penduduk sekitar. : KitaReporters


Kuali yang digunakan sebagai antena untuk menarik isyarat internet 4G. - Kredit foto: Redaksinewsmtw


Lagi kisah-kisah berkaitan Internet:

https://kitareporters.com/search?search=Internet


Menurut laporan daripada portal Jawapos.com, Bripka Ade Nofrianto, 38, mencetuskan kekaguman masyarakat sekitar apabila berjaya mencipta alat penangkap isyarat internet 4G hanya menggunakan kuali! Ia berfungsi sebagai antena.

Segalanya bermula apabila akses internet di tempat tinggalnya iaitu di Desa Sioban di Pulau Sipora dekat Sumatera sangat terhad. Justeru, masalah itu membuatnya geram dan mula berfikir di luar kotak.



Hanya menggunakan alatan memasak seperti kuali aluminium, dia dan orang kampung akhirnya dapat mengakses internet dengan lancar.

“Pada mulanya saya prihatin dengan keadaan isteri saya yang harus pergi ke tempat-tempat yang mempunyai kemudahan internet untuk mempromosikan perniagaannya secara dalam talian.

“Memang pada mulanya untuk kepentingan peribadi dan juga untuk membantu menghantar laporan ke Ibu Pejabat Polis. Lebih-lebih lagi, kita juga melihat keadaan pelajar yang harus beratur untuk mendapatkan akses internet ketika pandemik Covid-19, ” cerita Bripka.

Pada mulanya dia menggunakan antena UHF aluminium dan digabungkan dengan rangkaian gegelung tembaga yang dipasang di atas tiang untuk menangkap isyarat internet.


Kreativiti Bripka berjaya membantu penduduk kampung melayari internet dengan lebih lancar. - Kredit foto: Redaksinewsmtw


Namun malangnya, kaedah itu tidak mendatangkan hasil. Beberapa video yang ditontonnya melalui aplikasi tidak banyak membantu. 

Akhirnya, salah seorang rakannya mencadangkan untuk mempelajari satu buku mengenai hukum frekuensi atau gelombang oleh Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang namanya diabadikan dalam unit frekuensi hertz.

"Setelah membaca buku itu, saya menjadi lebih teruja dan tercabar. Saya mula mendapat isyarat 4G dan membuatkan saya lebih bersemangat, ” katanya.

Menurut Bripka, ciptaannya itu masih bergantung pada menara yang mempunyai isyarat 4G. Di kawasan Sioban, terdapat dua menara yang boleh diambil frekuensi, iaitu menara perkampunagn Matobe dan menara 4G perkampungan Nemnemleleu.

"Untuk dapat mengambil frekuensi gelombang isyarat maksimum dari menara dengan jarak tarikan lurus tiga kilometer," jelasnya.


Rakan sekerja turut kagum dengan kreativiti Bripka. - Kredit foto: Redaksinewsmtw


Ciptaannya itu mula tersebar di seluruh kampung dan orang ramai mula mengupahnya. 

Lebih menggembirakan, Bripka tidak mengenakan bayaran kepada orang ramai kerana niat awalnya ia bukan untuk dikomersialkan. Apa yang dilakukannya adalah semata-mata atas prinsip keprihatinan. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested