Alam & Sains 13 Mar, 2021

Video| Minat banglo mampu milik? Al Ansar lancar banglo IBS di Hijrah Lake Avenue dekat Kuantan

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Muhamad Khanafi Husin ketika mengadakan sidang media secara dalam talian di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor pada 3 Mac 2021 sempena majlis pelancaran Projek Banglo IBS Hijrah Lake Avenue yang terletak di bandar raya Kuantan, Pahang.


ISU rumah siap dibina tetapi terpaksa dihentikan bukan asing kepada kita.  Masalah ini biasanya dikaitkan dengan proses tukar  milik tanah tidak sah kerana geran masih dikongsi dengan pembeli lain.  

Timbul pula masalah lain walaupun berjaya melakukan transaksi  tukar milik, kali ini rumah gagal disiapkan menyebabkan kawasan menjadi semak samun dan tidak terurus.

Itu belum lagi disenaraikan isu rumah terbengkalai bertahun-tahun kerana pemaju menghilangkan diri. Selepas dibawa ke muka pengadilan, nasib tidak menyebelahi pembeli kerana surat perjanjian dengan pemaju tidak dibaca dan diteliti dengan baik.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan banglo:

https://kitareporters.com/search?search=banglo


Muhamad Khanafi Husin (kanan) bersama pemilik tanah Hijrah Lake Avenue di bandar raya Kuantan, Pahang, Ihsan Husain selepas majlis pelancaran projek secara dalam talian di pejabat Al Ansar, Cyberberjaya pada 3 Mac 2021. 


Pelbagai masalah ini mendorong syarikat pemaju perumahan kaedah bina banglo menggunakan inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), Al Ansar IBS menawarkan tanah sekali gus dengan pembinaan kediaman dengan harga mampu milik.

Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, mulai tahun ini pihaknya bersedia menyelesaikan isu dan masalah berkaitan yang menjadi trauma kepada sesetengah pembeli.

“Melalui kaedah baru ini orang ramai digalakkan membeli tanah yang ditawarkan dan melantik Al Ansar sebagai pemaju untuk membina banglo mengikut rekaan dan saiz keluasan yang dikehendaki. Proses awal perjanjian sehingga serah kunci syarikat akan uruskan dan dalam tempoh kurang enam bulan, kediaman sudah boleh diduduki.

Sebagai perintis, sebuah kawasan yang dikenali sebagai Hijrah Lake Avenue yang terletak di bandar raya Kuantan, Pahang akan memulakan projek tidak lama lagi.  

Projek usahasama dengan pemilik tanah ini bertujuan membangunkan kawasan  seluas 2.5 ekar dengan mendirikan 20 unit banglo IBS dan tawaran terbuka kepada orang ramai ,” ujarnya ketika ditemui yang memilih melancarkan projek berkenaan secara dalam talian kerana  akur dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Cyberjaya baru-baru ini.



Tambahnya, Al Ansar menyasarkan 20 unit terjual dalam tempoh enam bulan dari tarikh dilancarkan dengan nilaian sebanyak  RM6 juta manakala  penawaran harga keseluruhan tanah dan banglo di bawah RM300,000 seunit.

Kaedah tersebut juga katanya bertujuan menyelesaikan masalah tuan tanah yang gagal mencari pembeli kerana persekitarannya belum dibangunkan walaupun kedudukannya startegik dan dekat dengan kemudahan awam.

“Di Hijrah Lake Avenue, lokasinya baik kerana dikelilingi kemudahan seperti berhampiran jalan raya utama menghubungkan Bandar Pekan ke bandar Kuantan yang mengambil masa 30 minit.

“Kedudukannya juga berhampiran Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus cawangan Pekan, sekolah rendah dan menengah Penor, stesen minyak, masjid, klinik desa, Pusat Rekreasi Pantai Tanjung Sepat yang berhampiran Pantai Cempaka yang pantainya sangat cantik. Terdapat beberapa resort yang sedia ada dan sedang dalam pembinaan yang akan  menjadi destinasi kunjungan orang ramai,” katanya.

Di samping itu juga katanya, bakal pembeli dianggap bertuah kerana Kuantan baru sahaja diisytiharkan sebagai bandar raya baru-baru ini dan pelancaran Jambatan Putra menghubungkan Kuantan Ke Gambang yang sebelum ini melalui perjalanan lebih panjang kerana melalui Tanjong Lumpur serta Menara 188 yang merupakan mercu tanda bandar raya Kuantan.



Projek usaha sama seperti itu  akan diperluaskan di seluruh negara dengan syarat keluasan tanah melebihi 10 lot kerana ia memberi kemudahan lokasi di kawasan terbabit dibangunkan serentak dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Tiga rekaan unit banglo IBS ditawarkan iatu Teratai Indah, Sofea Murni dan Azalea Idaman. Ketiga-tiga rekaan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. 

Orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri rekaan tersebut boleh mengunjungi banglo IBS yang telah dibina dan diduduki di beberapa lokasi termasuk Melaka dan Selangor.

Al Ansar turut menawarkan hadiah iringan untuk  kediaman baharu. Antaranya  menanggung kos perjanjian jual beli dan perjanjian pembinaan, kipas dan lampu, televisyen LED 40, kabinet dapur jenis melamine berukuran panjang lapan kaki,  kornis siling di ruang tamu,ruang keluarga dan ruang makan serta perlindungan takaful rumah dan perabot selama setahun  yang kesemuanya  bernilai lebih kurang RM30,000.

Malah orang ramai yang menempah unit banglo di Hijrah Lake Avenue sehingga 31 Mac hadapan akan mendapat rebat sebanyak RM2,000 daripada harga kos pembinaan.


Muhamad Khanafi Husin (kanan) menyerahkan replika kunci kepada tiga pemilik banglo IBS yang telah boleh diduduki di pejabatnya di Cyberjaya baru-baru ini. 


Di majlis yang sama Al Ansar turut menyerahkan perjanjian usaha sama dengan pemilik tanah Hijrah Lake Avenue, Ihsan Husain. Turut diadakan majlis penyerahan kunci banglo IBS kepada Abd Razak Man dari Ijok, Kuala Selangor,  Mohd Hassan Selamat dari Kampung Dato Abu Bakar Baginda dan Mohd Rizal Abd Ghani dari  Meru, Klang.

Keterangan lanjut sila hubungi nombor  01156610669  atau layari bangloidaman.com. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested