Alam & Sains 05 Dec, 2020

Sanggup lakukan pembedahan plastik! Untuk pikat lelaki kaya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SETIAP insan ingin mempunyai paras rupa yang cantik dan sempurna, namun terdapat sejumlah insan yang dilahirkan dengan kecacatan. Melakukan pembedahan plastik adalah salah satu cara untuk mengubah kecacatan pada diri. Cuma yang diperlukan ialah keberanian dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. : KitaReporters 


Perbezaan wajah Kim Phng dahulu dan setelah menjalani pembedahan. - Kredit foto:  FB Quch Kim Phng


Lagi kisah-kisah berkaitan pembedahan plastik:

https://kitareporters.com/search?search=pembedahan+plastik


Wanita Vietnam yang dikenali sebagai Quch Kim Phng dilahir dengan wajah tidak cantik, berbibir tebal, gigi bergigi, hidung kemek atau ‘hidung bawang putih’ dan banyak jerawat. 


Kim Phng sering diketawa kerana memiliki wajah hodoh.  - Kredit foto: FB Quch Kim Phng


Sejak kecil dia sudah menjadi bahan ketawa rakan-rakan sepermainannya.

Ketika memasuki alam remaja iaitu 17 tahun, dia juga ingin mempunyai teman lelaki, namun nasibnya malang apabila lelaki yang disukainya meninggalkannya. 


Kim Phng mengejar lelaki kaya setelah menjadi jelita. - Kredit foto: Quch Kim Phng

Kerana kecewa dan geram, Kim Phng nekad untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya kepada lebih cantik. 

Menurut laporan media asing, Kim Phng, 25, berasal dari keluarga biasa di wilayah De Nong, Vietnam.

Ibu bapanya terpaksa membantu menyediakan kewangan dengan bergolok bergadai dan menjual tanah bagi mendapatkan sebanyak 300 juta dong Vietnam (kira-kira RM50,000). 


Kim Phng memperlihatkan wajah hodohnya dahulu dalam telefon pintarnya. - Kredit foto:  FB Quch Kim Phng

Pembedahan plastik itu berjaya mengubah wajah Kim Phng menjadi wanita jelita.

Kerana sudah memiliki wajah cantik, Kim Phng segera bertemu dengan lelaki kaya dan kedua-duanya berkahwin. Namun perkahwinannya hanya bahagia selama lima bulan dan setelah melahirkan seorang anak perempuanm kedua-duanya bercerai. 

Kim Phng bersama anaknya melalui perkahwinan pertama. -  Kredit foto: FB Quch Kim Phng


Kemudian, Kim Phng mulai berjinak dengan media sosial Facebook dan memperlihatkan usaha berterusan untuk memiliki tubuh lebih menarik dengan melihatkan kejayaannya menurunkan berat badannya.

Berat badannya turun daripada 60 kg kepada 50 kg. Dia juga sudah mempunyai paha dan pinggang lebih menarik. 


Kim Phng terus memikat lelaki berharta. - Kredit foto: FB Quch Kim Phng

Dia tetap ingin berkahwin lagi walaupun sudah mempunyai seorang anak.

Dia tetap berusaha memikat golongan kaya lagi dan berharap kali ini perkahwinannya kekal. Dia kini sudah memiliki kekasih baharu. 

Kim Phng sudah mempunyai kekasih baharu. - Kredit foto: Quch Kim Phng

0
4
0
0
1
You will be interested