Alam Canggih 30 May, 2021

Berita Terkini| Semua sektor ekonomi, sosial tak dibenarkan! Hanya 17 perkhidmatan beroperasi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEMUA sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun 2021 melainkan 17 perkhidmatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 17 perkhidmatan itu terdiri makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perniagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

"Begitu juga dengan perkhidmatan air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan; urusan sisa pepejal; pengangkutan darat dan air.

"Perkhidmatan dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang; komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos, kurier penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat berita," katanya  seperti dipetik oleh Berita Harian pada Ahad, 30 Mei 2021.

Tegas beliau, khidmat perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti termasuk pajak gadai, e-dagang, teknologi maklumat, pengeluaran, penyulingan dan pembekalan bahan api dan pelincir turut dibenarkan. 

Begitu juga dengan hotel dan penginapan bagi tujuan kuarantin; pembinaan, penyelenggaraan; perkhidmatan perhutanan; penguatkuasaan dan hidupan liar serta logistik terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:

1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar

3) Air

4) Tenaga

5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja

10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja

12) E-dagang dan teknologi maklumat

13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir

14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan

15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar

17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
0
0
0
You will be interested

Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin! Pada harga mampu bayar!

Kerajaan terus bersikap prihatin dan beri jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar -PM

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Kolaborasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah - UniSZA! Sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8!

UniSZA mereka bentuk dan membangunkan pintu gerbang khas yang ambil inspirasi daripada budaya Terengganu bersama Yayasan Tuanku Nur Zahirah di reruai pameran
Mohammad Ishak in Alam Canggih 1 day ago

Video| Tak kelakar pun! Monyet tarik rambut anak! Kalau kena kokak kepala anak, susah hidup nanti!

Video seorang kanak-kanak yang dekati seekor monyet liar tapi rambutnya ditarik. Nasib baik dapat diselamatkan dan tak alami sebarang kecedeaan sepeti digigit
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 1 day ago

3 lebuh raya negara paling tinggi dan gayat! Kaki selfie kecewa! Dilarang berhenti, ambil gambar!

Lebuh raya pun boleh jadi viral atau tular dalam kalangan warga maya. Apa tidaknya sebab panorama atau pemandangannya yang cantik dan indah (alam semula jadi)
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 3 days ago

Jom ramai-ramai undi! SK Kempadang, Kuantan tersenarai finalis! Anugerah Sekolah Terbaik Dunia!

SK Kempadang, Kuantan tercalon sebagai 3 finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi untuk rebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 3 days ago