Siti Mariam Abdul Samad dan suami Mohamad Abdul Halim Bahadorisam berjaya bangun daripada krisis hutang sehingga enam angka itu dengan usaha sendiri. - Foto: IG Ctymary
JIKA lalu di lebuh raya dan terpandang wajah Erra Fazira pada papan iklan besar memperagakan jenama penjagaan rambut, ketahuilah bahawa di sebalik senyuman duta Faith Fleur itu ada terselit kedukaan pada pengasas produk tersebut.
Jika anda berada di kedudukan Siti Mariam Abdul Samad, apa yang akan dilakukan bila terpaksa berhadapan dengan bebanan hutang sehingga enam angka.
Bohonglah kalau Siti Marian dan suami, Mohamad Abdul Halim Bahadorisam tidak merasa terbeban dengan hutang sebanyak itu. Walau apapun mereka terpaksa berusaha untuk melangsaikan hutang tersebut bagi meneruskan kehidupan.
Lagi kisah menarik berkaitan kejayaan hidup
Dari kiri, Siti Mariam dan Mohamad Abdul Halim menerima kunjungan Rina Mohd. Harun di ibu pejabatnya pada Sabtu, 6 November 2021.
Mengimbas kembali keperitan hidupnya sewaktu menanggung hutang, kata Siti Mariam, perubahan tersebut tidak datang begitu saja sebaliknya memerlukan kesungguhan dan tindakan yang berterusan mengikut ilmu serta strategi yang terbukti berkesan.
Kata bekas jururawat itu, tanpa ilmu dan bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman mungkin beliau masih belum berada pada tahap mencapai jualan jutaan ringgit setahun.
“Saya bersyukur kerana bukan saja dapat mengubah kehidupan keluarga sendiri malah ribuan orang terdiri daripada suri rumah, pekerja awam mahupun swasta, siswazah yang menjadi ejen Faith Fleur mampu menjana pendapatan.
“Dalam Faith Fleur yang memasuki tahun kelima, kami sudah melahirkan beberapa usahawan mencapai jualan jualan lebih RM1 juta setahun dan ramai lagi yang bakal menyusul, Insya-Allah” kata pemilik Ctymary Resources Sdn. Bhd., itu.
Dalam bisnes mesti ada guru dan Siti Mariam menjadikan Azizan Osman sebagai sifunya.
Siti Mariam yang ditemui sewaktu program
Jerayawara Jutawan Wanita di ibu pejabatnya pada Sabtu, 6 November 2021 berkata, jika
dia dan suaminya mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dan dapat
selesaikan bebanan hutang yang tinggi, tidak mustahil juga bagi masyarakat di luar sana mampu melakukan perkara yang sama.
Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga itu juga menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Hasnita Ahmad; serta Pengasas Bersama Faith Fleur, Mohamad Abdul Halim.
Wanita cekal itu menyeru golongan wanita agar merebut peluang menyertai program Wanita Bangkit Berniaga yang akan diadakan pada 26 – 28 November ini.
Program kolaborasi strategi bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang dilancarkan pada 21 Oktober 2021 lalu bertujuan untuk membimbing dan memberi peluang kepada golongan wanita di negara untuk memulakan perniagaan.
Siti Mariam harap kejayaannya keluar daripada bebanan hutang dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berusaha sepertinya.
Sementara itu, Rina memberitahu, beliau sangat teruja melihat usahawan jutawan seperti Siti Mariam dan pasangannya yang berjaya bangkit mengubah bukan saja kehidupan sendiri malah ramai keluarga lain.
“Sumbangan mereka bukannya kecil, sebaliknya begitu signifikan kepada institusi kekeluargaan di negara dengan memberikan peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan sebagai seorang usahawan.
“Mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dan inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita yang mahu bangkit dan ubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.wanitabangkitberniaga.com. - KitaReporters
Erra Fazira merupakan duta Faith Fleur yang hingga kini mempunyai ramai ejen di seluruh negara.